in

Jutawan Sensasi, Aliff Syukri Nak Beli Skuad Helang Merah?

Ft 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengasas syarikat kosmetik terkenal, D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri menyatakan kesediaan untuk membeli Skuad Helang Merah, sekaligus menjadi pemilik penuh pasukan Kedah.


Meskipun pernah kecewa kerana gagal menaja pasukan itu pada 2016, beliau mengakui masih berminat untuk bersama pasukan itu, lapor Harian Metro.

Menurut Aliff, selain Kedah yang merupakan negeri kelahiran isterinya, beliau juga ada meneliti pasukan lain yang mempunyai fan base yang ramai dan berpengaruh.

Setakat ini saya masih memilih pasukan bola sepak yang paling kuat dan paling berpengaruh. Bagi saya bukan senang untuk memilih sebab orang kata persaingan semakin sengit. Jadi saya tengah tercari-cari jugalah mana yang terbaik.

”Kalau boleh nak (beli) pasukan Kedah. Kalau Johor (Johor Darul Ta’zim) memang tak mampu. Rasanya itu saja yang ada pengaruh sangat kuat,”

71461460711 Aliffsyukrikamarza

Sehingga kini hanya enam pasukan yang berjaya melengkapkan syarat penswastaan Liga M yang akan berakhir pada 30 September ini.

Enam pasukan tersebut ialah JDT, Sarawak, PJ City FC, ATM, Perlis dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun 8 pasukan lain berada dalam situasi bahaya dan berkemungkinan disingkirkan dari saingan peringkat amatur sekiranya gagal memenuhi syarat ditetapkan.

Pasukan tersebut ialah PDRM, Kuala Lumpur, Perak, Sabah, Pahang, UiTM FC, UKM FC dan Kedah.

 

Baca : “Kota Raya ni local pun tak nak pergi” ; Baru Sampai Malaysia, Mat Salleh Kena Scam Beli Sim Card Sampai RM200

Collage 17

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.