in

“Kota Raya ni local pun tak nak pergi” – Baru Sampai Malaysia, Mat Salleh Kena Scam Beli Sim Card Sampai RM200

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kota Raya merupakan salah satu pusat membeli belah tertua di Kuala Lumpur. Untuk korang yang tak pernah dengar tentang Kota Raya ni, ia terletak berhampiran dengan Plaza Pudu.


Dulu, Kota Raya ni merupakan tempat membeli belah yang agak terkenal, tapi, lepas lebih banyak pusat membeli belah moden dibina, orang-orang tempatan dah ramai tak datang ke sini dan tempat ni jadi ‘tempat lepak’ pekerja-pekerja asing.

Baru-baru ni, Kota Raya mula jadi sebutan balik bila dua orang pelancong dari UK, VeggiesOnTour, kongsi video dorang kena scam dengan penjual dekat sana masa hari pertama dorang sampai dekat Malaysia.

Annotation 2020 08 10 171444

Ceritanya, YouTubers ni pergi dekat Kota Raya untuk cari kad SIM dan bila tiba dekat satu kedai ni, orang kedai tu memang layan dorang dengan baik dan ramah.

Pelancong ni kemudiannya memberitahu penjual tersebut yang lepas ni dorang nak pergi ke Thailand, so penjual ni cakap yang dia ada jual kad SIM yang ada data tanpa had untuk 30 hari dan boleh digunakan di seluruh Asia Tenggara.

Annotation 2020 08 10 171932

Tapi, kalau nak kad SIM yang macam ni, harga dia mahal sikitlah kan? Penjual ni cakap harga kad SIM tersebut adalah RM85 untuk satu.

Masa tu kami tak ada cash, so penjual tu dengan gembiranya tunjuk mana tempat untuk keluarkan duit. Dia memang peramah dan baik dengan kami.”

Kemudian, bila dua YouTubers ni kembali semula ke kedai, dorang diberitahu ada lagi bayaran lain yang dorang nak kena bayar iaitu ‘yuran pemasangan’, untuk ni, dorang caj RM15 seorang.

Sudahnya, dua pelancong ni habiskan RM200 untuk dua kad SIM dan ‘yuran pemasangan’.

Memandangkan kad SIM yang dorang beli ni ada data tanpa had, dua pelancong ni selambalah guna untuk semua benda, tapi lepas dua hari tiba-tiba dapat notifikasi, data dorang dah habis. Masa ni lah dorang sedar yang dorang dah kena tipu.

Pelancong ni kemudiannya pergi semula ke kedai tersebut tapi penjual tu buat-buat tak ingat dan keliru dengan apa yang dorang cakap.

Annotation 2020 08 10 1719321 1

Mengharapkan kad SIM yang dorang beli ni boleh guna di Thailand, salah seorang dari YouTubers ni topup RM10 sebelum meninggalkan Malaysia tapi bila sampai sana caj harian penggunaan internet sangat tinggi.

Selepas itu, dua pelancong ni pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan penjual tersebut, lebih-lebih lagi lepas dorang dapat tahu yang Kota Raya ni memang terkenal dengan scam telefon bimbit.

Tapi bila dorang datang sekali lagi ke kedai tersebut, lelaki ni buat strategi yang sama, pura-pura tak kenal tapi lepas bercakap lama barulah penjual tu nak mengaku yang dia dah jual kad SIM dengan harga RM85 beserta yuran tambahan.

Pun begitu, penjual tersebut masih tak mengaku yang dia dah tipu dua pelancong ni walaupun sebenarnya benda-benda yang dia jual ni tak wujud pun.

Korang boleh tengok video penuh dekat bawah ni:

 

Baca: “14 tahun baru tapi banyaknya duit” – Terpedaya Degan Love Scam, Remaja Lelaki Tanggung Rugi Hampir RM300,000

Screenshot 2020 08 11 At 12.59.46 Pm

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.