Jom Imbau Kembali Lagu-Lagu Patriotik Segar Sepanjang Zaman!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Untuk menyemarakkan lagi rasa cinta dan sayang kita kepada Malaysia, apa kata kita imbau kembali antara lagu-lagu patriotik yang pernah dan masih menjadi siulan kita dari kecil sehinggalah dewasa ni.

Mana tau, dalam banyak-banyak lagu yang @JefriiMY himpunkan ni — ada yang boleh menggamit memori zaman kanak-kanak kita?

Kita start dengan lagu ni dulu…

  • Tanggal 31

Lagu ini dinyanyikan semula Sudirman untuk album Abadi dengan sentuhan yang lebih upbeat dan menaikkan semangat (versi asal sedikit mellow dendangan Ahmad C.B). Lagu Tanggal 31 ni umpama lagu Selamat Hari Raya Saloma; semua lapisan umur pasti tahu. Cukup semua rasa.

 

  • Keranamu Malaysia

Tema kemerdekaan yangg lama digunakan (2000-2006) ini adalah refleksi Siso (lyricist) on the famous inaugural by John FK ‘Ask not what your country can do for you – ask what you can do for your country’. Lagu ni lagu ‘wajib’ di sekolah ye selain Jalur Gemilang.

 

  • Standing In The Eyes Of The World

Not limited to athletes (especially Komanwel98), lagu ni khas buat kita semua untuk cipta kejayaan di mata dunia. Elemen kompang masa hujung lagu ni chanting ‘standing in the eyes, standing in the eyes’ sungguh goosebumps ahhh.

 

  • Perajurit Tanah Air

Lebih dikenali lagu Inilah Barisan Kita, dibawakan oleh penyanyi patriotik nombor satu Malaysia, Roy. Lagu ni asalnya dirakamkan piring hitam dan sebaran radio untuk menitipkan semangat patriotik melawan komunis secara meluas.

 

  • Satu Malaysia

Dihasilkan oleh ummah Lim Kok Wing, walaupun lagu ni bukan lagu rasmi legasi Satu Malaysia, tapi lagu ni sungguh sing along dan diterima ramai. Dengar cerita lead vocalist yang Sabahan look ni join Asia Got Talent season 3 yg latest ni kan?

 

  • Sehati Sejiwa

Lagu sempena tema kemerdekaan tahun 2016 dinyanyikan oleh Alif Satar ini sungguh fresh and patriotic much ye dengan elemen Malaysia Timur (Iban Kadazan) yang jarang diselitkan, (biasanya Melayu Cina India yang disinonimkan dengan Malaysia).

 

  • Bahtera Merdeka

Versi paling menyengat of course Aishah, yang rakamkan lagu ni untuk album Melayu pertamanya. Lagu ni dicipta sempena merdeka tahun 1957 saing dengan our anthem Negaraku untuk mengenang jerih perih perjuangan tanah air.

 

  • Saya Anak Malaysia (S.A.M)

Oleh Dr. Sam Rasputin. Nama ni Ali Bakar bagi tapi justify nama SAM yg merupakan akronim Saya Anak Malaysia.

 

  • Setia

Judul lagu ni tak familiar malah lebih dikenali dengan nama Demi Negara Yang Tercinta. Dibawakan oleh Fran yang sangat ngetop era 80an (copyright RTM). 

 

  • Malaysia Satu

Era 2010s, DS Najib membuat legasi Satu Malaysia maka ada satu pertandingan mencipta lagu-lagu patriotik berkaitan tema tersebut. Dan inilah juaranya setelah undian umum menewaskan Satu Malaysia Siti Nurhaliza, Aku Negaraku Jac Hafiz, etc.

 

  • Jalur Gemilang

Awal 2000s, Pak Ngah kencang dapat job lagu-lagu gomen (Cuti² Malaysia, Kraf Tangan) –termasuklah lagu Jalur Gemilang ini yang jadi lagu wajib dinyanyikan di sekolah semasa hari kemerdekaan.

Terma Jalur Gemilang was coined in 1997, 2000 baru berlagu.

 

  • Warisan

Lagu ni dirakamkan tahun 1982 untuk dimuatkan dalam album ke-7, kalau tak silap yang bernuansa patriotik (kelesss kan berani eh market album lagu rentak patriotik). Ada ke retis lain berani mati menjual album konsep patriotik?

 

  • Tanah Pusaka

Another classic RTM songs (most of our patriotic songs are owned by RTM, dan apabila berlaku peralihan management in 90s, Roy dapat tender untuk bawa lagu2 patriotik ni).

 

  • Sejahtera Malaysia

Lagu ni sinonim dengan vokal besar dan ampuh Azlina Aziz, tapi disebabkan royalti milik RTM jadi everyone can sing this song gituh.

Zaman tv pakai antenna can relate lagu ni malam2. Awas ye lagu ni judulnya Sejahtera Malaysia, bukannya Puji dan Syukur!

So, ni adalah antara lagu-lagu patriotik evergreen yang kita masih ingat sampai sekarang. Dalam banyak-banyak ni, mana satu favourite korang?

 

Baca: Netizen Kecoh Bendera Terbalik Sewaktu Perarakan, Tapi Sebenarnya…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.