Pengikut-pengikut di Gereja Olive Branch menunggu dengan sabar untuk ceramah agama mereka pada 30 April 1989 untuk bermula, tapi Paderi Robert Pelley tak memunculkan diri.
Lebih pelik lagi, keluarganya juga turut tak hadir sehingga mereka membuat keputusan untuk memeriksa keadaan keluarga ini dan menemui paderi, isterinya dan dua anak perempuannya terbaring berlumuran darah di dalam rumah.
Ekoran ini, pihak polis Indiana terus menyedari bahawa anak sulung paderi yang sering membuat masalah ini tak ada di sana. Beberapa minggu sebelum kejadian ini, remaja berusia 17 tahun ini telah ditangkap kerana pecah masuk dan mencuri sehingga bapanya telah menghalangnya dari menghadiri majlis prom.
Bagi pihak polis, ini dah cukup untuk dijadikan motif bagi Jeff Pelley untuk membunuh ahli keluarganya sehingga remaja ini menjadi suspek utama. Keesokan harinya, pihak polis telah menemui remaja ini di sebuah taman hiburan dan mendapat tahu dia telah berparti bersama kawan-kawannya di prom pada malam kejadian.
Dia kemudiannya didakwa dan disabitkan bersalah kerana membunuh empat ahli keluarganya, namun begitu tak ada bukti forensik, senjata pembunuhan mahu pun saksi yang boleh buktikan dia benar-benar bersalah. Jadi betul ke Jeff Pelley bunuh keluarganya?
Artikel berkaitan: Kisah Hidup The Menendez Brothers, Berjoli Lepas Bunuh Ibu Bapa Sendiri Gara-gara…
Artikel berkaitan: Kebahagiaan ‘Happy Family’ Ini Berakhir Apabila Dua Beradik Ini Bunuh Ibu Bapa Mereka Sendiri Sebab….
Kehidupan awal Jeff Pelley
Dilahirkan pada 10 Disember 1971, Robert Jeffrey Pelley dibesarkan dalam keluarga beragama. Ibu dan bapanya Ava telah bertemu di Universiti Vernon Nazarene di Ohio pada tahun 1960-an. Mereka telah berkahwin pada tahun 1970 dan Jeff dilahirkan pada 1971 manakala Jacque dilahirkan pada 1976.
Walaupun fokus utama bapanya dalam bidang agama, dia telah menerima tawaran kerja pengaturcaraan komputer pada tahun 1980 di Cape Coral, Florida di mana Ava Pelley disahkan menghidap kanser kulit pada 1984 dan meninggal dunia pada Februari selepas enggan menerima rawatan.
Beberapa bulan selepas kematian isterinya, Robert telah bertemu dengan Dawn Huber, wanita berusia 27 tahun yang turut kehilangan suami dan kedua-dua mereka telah jatuh cinta dan berkahwin pada November 1985 di mana Jeff dan Jacque bertemu dengan adik-adik tirinya iaitu Jessica, 5, Janel, 4, dan Jolene, 2.
Keluarga baru ini kemudiannya telah berpindah ke Lakeville, Indiana pada 1986 di mana Robert telah mengetuai pengikut Gereja Olive Branch seramai 50 orang.
Tapi kehidupan mereka sebagai keluarga mempunyai isu apabila anak mereka Jeff sering membuat masalah sehinggakan ramai jiran sering melihat mereka bergaduh dan Robert pernah menumbuk anak sulungnya itu.
Pembunuhan prom night
Keluarga ini tinggal di rumah yang disediakan di sebelah gereja dan pada awal tahun 1989, Jeff Pelley telah ditahan kerana mencuri CD dan wang dari rumah-rumah tempatan dan kes ini dikendalikan oleh Detektif Mark Senter.
Menurut Mark, Robert telah menghukum Jeff dengan tak membenarkan anaknya ini untuk keluar rumah termasuk menghadiri prom yang bakal diadakan lagi dua hari yang dibuat oleh sekolahnya di taman hiburan Great America.
Disebabkan ini, Mark mempunyai teori yang Jeff kecewa apabila bapanya itu melarang dia dari menghadiri majlis tarian tersebut sehingga dia bertindak ganas. Detektif ini mendakwa Jeff hanya hadir ke prom selepas menembak mati bapanya, ibu tirinya dan dua adik tirinya.
Tragedi ini ditemui oleh salah seorang pengikut gereja David Hathaway selepas paderi ini tidak hadir untuk memberikan ceramah agama pada pagi Ahad. Apabila ketukan tak berjawab, David telah menemui kunci dan masuk ke dalam rumah tersebut.
Pertama sekali dia telah melihat cermin mata milik Robert di atas lantai sebelum melihat mayatnya. Manakala Dawn ditemui mati sambil memeluk dua orang anaknya.
Disebabkan tempat kejadian tersebut tak menunjukkan tanda-tanda seperti berlaku rompakan atau pecah masuk, mereka mula menjadikan orang yang tiada di tempat kejadian sebagai suspek.
Disebabkan Jeff, Jacque dan Jessica tak ada di rumah, pihak polis telah menyiasat keberadaan mereka pada hari kejadian. Jacque telah ke luar bandar untuk melawat kawan kolejnya manakala Jessica pula tidur di rumah kawannya. Jeff satu-satunya yang ada berhampiran keluarganya dan tak cukup dengan itu, dia marahkan bapanya.
Saya percaya dia telah bunuh keluarganya supaya dia dapat pergi prom.” – Mark Senter
Siasatan polis
Pihak polis telah menyoal siasat Jeff Pelley di balai sambil ditemani atuk dan neneknya selepas menemui remaja ini di taman tempat prom sekolah diadakan. Apabila ditanya tentang hubungan dia dengan ibu tirinya, Jeff menjawab:
Kami memang tak rapat. Kita hanya cakap hi,bye tapi tak pernah bercakap dengan satu sama lain. Saya takdelah benci dia cuma kita tak bertolak ansur antara satu sama lain.”
Tanpa senjata pembunuhan, bukti forensik atau saksi, kes terhadap Jeff ini memang sukar untuk didakwa. Jadi kes ini hanya berdasarkan bukti keadaan dan garis masa ketika insiden. Mark mengatakan beberapa orang telah singgah ke rumah keluarga Pelley pada hari Sabtu untuk tunjuk dress dan tuxedo sehingga jam 5 petang.
Menurut pihak pendakwaraya, tiada siapa yang datang melawat rumah tersebut dan Jeff telah keluar dari rumah membawa kereta Ford Mustang pada jam 5.30 petang.
Masanya sangat-sangat singkat untuk keluarga ini dibunuh dan sangat jelas Jeff satu-satunya orang yang boleh melakukan pembunuhan ini.”
Teori pihak pendakwaraya adalah, selepas menggunakan senapang patah yang dimiliki oleh keluarga ini untuk membunuh empat mangsa tersebut, Jeff telah sorokkan senjata dan kelongsong peluru. Dia kemudiannya telah membasuh seluarnya dan mandi sebelum bersiap dan memandu ke untuk menjemput rakan perempuannya.
Namun begitu, tiada bukti yang kukuh untuk mendakwa Jeff sehinggalah tahun 2002…
Jeff Pelley dipenjarakan
Ketika dia didakwa akibat pembunuhan keluarganya, Jeff Pelley telah pun berkahwin dan tinggal di Florida serta bekerja sebagai seorang konsultan IBM. Dia berdepan dengan empat pertuduhan bunuh.
Perbicaraannya bermula pada tahun 2006 dan pihak pendakwa raya hanya bergantung kepada garis masa yang dibuat pada tahun 1989. Pihak pembelaan pula mengatakan pertuduhan ini sebagai tak masuk akal.
Indikasi orang-orang yang bersama dengan Jeff pada malam itu, mereka mengatakan yang dorang telah berseronok sepanjang masa. Jadi untuk fikir yang dia telah menghabiskan masanya buat semua perkara tersebut (pembunuhan) dan kemudiannya berseronok seperti seorang remaja selepas membunuh keluarganya memang tak masuk akal.”
Namun begitu, pihak juri mendapati Jeff bersalah atas semua pertuduhan tersebut dan telah dijatuhkan hukuman penjara 160 tahun. Beberapa tahun kemudian, seorang peguan Frances Watson dari Klinik Salah Sabitan telah memfailkan usul untuk membebaskan selepas sabitan.
Hujahnya untuk mendapatkan perbicaraan semula adalah ujian luminol ke atas silinder mesin basuh tidak menentukan bahawa terdapat darah atau sabun basuh di dalam mesin pada hari tersebut bagi membuktikan Jeff cuba untuk membersihkan pakaiannya yang berlumuran darah.
Tambahnya lagi, dakwaan mengatakan Jeff telah membasuh seluarnya telah menjejaskan keputusan juri. Tak cukup dengan itu, satu transkrip mencurigakan juga tak pernah dijadikan sebagai bahan bukti.
Transkrip tersebut menunjukkan pihak pendakwaraya telah menemubual seorang wanita pada tahun 2003 bernama Toni Beehler yang bercakap tentang urusan kewangan Robert Pelley yang mencurigakan. Selain itu, wanita ini turut berkata yang dia takut dibunuh oleh pelanggan Robert yang tak dikenali. Namun maklumat lanjut mengenai dakwaan ini sukar difahami.
Setakat hari ini, Jeff Pelley masih dipenjarakan atas pembunuhan keluarganya dan sedang menjalani perbicaraan keduanya bagi membuktikan bahawa dia tak bersalah membunuh keluarganya pada 1989.
Sumber: ati