Kalau korang jenis membesar dengan lagu-lagu indie tempatan atau still ada playlist penuh Butterfingers, Bunkface, Bittersweet dan Masdo dalam phone sampai sekarang… ini mungkin antara konsert yang korang tak nak miss tahun ini.

KONSERT INDIESCOVERY 2026 bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 18 Julai 2026 dan lineup dia memang rasa macam gabungan beberapa era muzik tempatan dalam satu malam.
Lineup yang confirm buat ramai excited
Empat nama besar dalam scene muzik alternatif Malaysia iaitu Butterfingers, Bunkface, Bittersweet dan Masdo akan berkongsi pentas untuk konsert ini.

Butterfingers pula bakal tampil dengan persembahan istimewa bersempena album ikonik mereka, “Transcendence X Butter Worth Pushful” yang memang cukup legendary dalam scene muzik underground tempatan.

Kalau Bunkface pula, memang ramai dah boleh agak macam mana hype crowd nanti bila lagu-lagu popular mereka dimainkan secara live. Bittersweet hadir dengan vibe nostalgia dan nuansa brit-pop yang cukup sinonim dengan peminat indie tempatan, manakala Masdo pula bakal bawa sentuhan retro moden yang sekarang ni memang jadi kegemaran ramai anak muda.

Bukan sekadar konsert biasa
Apa yang buat KONSERT INDIESCOVERY 2026 rasa menarik ialah lineup dia bukan datang dari satu era sahaja.
Ada band yang jadi soundtrack zaman sekolah dan universiti ramai orang, ada juga yang masih aktif menarik peminat baru sampai sekarang. Jadi vibe dia memang rasa macam tempat semua generasi pencinta muzik alternatif berkumpul sekali.

Malah opening act untuk konsert ini juga datang daripada band generasi baru iaitu NOISE yang akan membuka pentas malam tersebut.
Tiket pun nampaknya makin laju habis

Menurut penganjur, kategori CAT 3 Seating kini hampir 90% terjual, menunjukkan ramai peminat memang dah standby awal untuk secure tempat masing-masing.
Antara kategori tiket yang ditawarkan termasuk:
- CAT 1 Standing
- CAT 2 Standing
- CAT 3 Seating
- CAT 4 Seating
- VIP Box
Kalau korang memang membesar dengan lagu-lagu Butterfingers, Bunkface, Bittersweet atau sekarang tengah layan Masdo non-stop dalam playlist… ini mungkin antara konsert yang susah nak repeat vibe dia.
Dengan gabungan lineup legend, vibe nostalgia, crowd indie local dan suasana live dekat Zepp KL, memang nampak macam malam yang bakal jadi memori untuk ramai peminat muzik tempatan.
Jadi kalau tak nak melepas, mungkin dah boleh start secure tiket awal sebelum kategori yang korang nak habis dulu.
Tiket boleh dibeli secara online menerusi platform rasmi Ticket2U.
