Rumah tangga penyanyi terkenal, Kaka Azraff dan suaminya, Adam Azriff sekali lagi menjadi perhatian apabila ikatan perkahwinan mereka didakwa kembali terlerai buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.
Menurut sumber yang kebetulan berada di mahkamah berkenaan, pasangan itu hadir sekitar jam 9 pagi bagi mengikuti prosiding pengesahan lafaz talak.
Artikel berkaitan: “Pergi majlis bersama” – Kaka Azraff Rujuk Semula Dengan Suami Dalam Tempoh Iddah?
Artikel berkaitan: Kontrak Rakaman Kaka Azraff Bersama Label Mungkin Terjejas Gara-gara Selar Israel?

“Kaka yang mengenakan baju kurung sedondon dengan selendang warna krim masuk ke kamar mahkamah ditemani seorang peguam wanita dan beberapa rakannya.
Manakala suaminya pula seperti hadir bersendirian. Dia pakai kurta hijau lengkap dengan bersongkok duduk di dalam kamar sementara menunggu kes mereka dipanggil sejam kemudian.
Apa yang saya dengar, Kaka merupakan plaintif dan suaminya defendan. Selepas kedua-duanya tampil memberikan keterangan, hakim sahkan perceraian kali kedua mereka,” katanya yang enggan dikenali.
Dalam laporan Kosmo!, sumber itu turut menambah, kedua-dua pihak dilihat berada dalam keadaan tenang sepanjang prosiding berlangsung sebelum terus berlalu pulang sejurus kes selesai.
Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan rasmi daripada Kaka, atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 37, mahupun pihak pengurusannya masih belum membuahkan hasil.
Untuk rekod, pemenang lagu Gila ini pernah disahkan bercerai di mahkamah yang sama pada 28 Oktober 2024. Namun, pasangan ini mengambil keputusan untuk rujuk semula pada awal tahun 2025 ketika masih dalam tempoh idah.
Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 selepas hanya tiga bulan menyemai cinta. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aslan, 7, Aryan, 5, dan Atta Adam yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Kosmo!
