in

“Hanya gurauan & usikan” – Isu Fitnah Tok Batin ‘Sorok’ Jaslinda, Lelaki Mohon Maaf

Hina Orang Asli Jaslinda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang pengguna TikTok yang bergurau mengenai Tok Batin dengan pendaki wanita, Jaslinda Saludin menerusi satu sesi live baru-baru ini bukan sahaja mencetuskan rasa kurang senang netizen, malah mengguris hati komuniti Orang Asli.

Dalam live itu, lelaki terbabit mendakwa Jaslinda ‘disorok’ selama berminggu-minggu di perkampungan Orang Asli selain berkata Tok Batin berkemungkinan berkahwin dengan wanita terbabit jika kehilangan itu tidak ditularkan.


 

View on Threads

 

Hanya gurauan & usikan dengan netizen

Menyedari dirinya dikecam ramai, lelaki terbabit tampil membuat permohonan secara terbuka khususnya kepada komuniti Orang Asli serta pihak lain yang terlibat.

Dia mengakui terdapat kekhilafan dalam penyampaiannya sehingga menimbulkan prejudis dan syak wasangka kepada pihak berkenaan.

Katanya, apa yang berlaku tidak seperti yang dimaksudkan dan bukan bertujuan untuk menyebarkan fitnah seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya dengan rasa rendah diri mohon maaf sekiranya ia telah mengguris hati dan perasaan mana-mana komuniti atau individu sama ada secara langsung atau tidak,” katanya.

“Apa yang berlaku tidak seperti yang saya maksudkan dan bukan seperti fitnah yang tersebar. Ia hanyalah gurauan serta usikan saya bersama netizen ketika sedang membuat siaran langsung,” katanya.

Artikel berkaitan: “Hikmah di sebalik kejadian” – Jambatan Tempat Jaslinda Ditemui Dapat Perhatian Kerajaan Negeri

Artikel berkaitan: Jaslinda Sangkal Dakwaan Ada Unsur Mistik, Gangguan Dalam Hutan – Exco Perak

Dia turut menjelaskan bahawa tiada niat untuk menghina atau memperlekehkan mana-mana pihak, sebaliknya beberapa kenyataan yang disebut ketika itu merupakan reaksi terhadap komen yang dibaca sepanjang siaran langsung berkenaan.

“Apapun saya tetap menghormati pihak-pihak yang terlibat. Semoga benda ini dapat diselesaikan dengan baik,” jelasnya.

@jokerspillthetea77

PERMOHONAN MAAF TERBUKA DARI SAYA KEPADA SEMUA KOMUNITI ORANG ASLI DAN RAKYAT MALAYSIA #komunitiorangasli #malaysia #tokbatintapah #jaslinda

♬ original sound – 🅰🅽🅰🆁🅲🅷🆈7🆂🅺🆈 – 🅰🅽🅰🆁🅲🅷🆈7🆂🅺🆈

50 Tok Batin lapor polis

Sementara itu, kira-kira 50 Tok Batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari daerah Batang Padang, Muallim dan Kinta membuat laporan polis susulan dakwaan serta fitnah berhubung penemuan pendaki wanita terbabit.

Pihaknya berasa kesal dengan tuduhan terbabit seolah-olah menganggap komuniti Orang Asli cuba mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Pihaknya menganggap ia satu penghinaan kepada seluruh institusi kebatinan yang berperanan membantu masyarakat tanpa mengira kaum terutama ketika berlaku kecemasan.

Sumber: Berita Harian, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.