in

60 Tahun LPPKN, Dari Perancang Keluarga Ke Institusi Kesejahteraan Negara

Lppkn Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kini melangkah ke usia 60 tahun sebagai antara institusi utama yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh kesejahteraan keluarga di Malaysia.

Seiring perubahan sosial dan cabaran semasa, LPPKN memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk: 


  • Gerakan Keluarga Bahagia
  • SMARTSTART
  • Pusat Keluarga
  • KafeTEEN 

Lppkn 1

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Abdul Shukur Abdullah berkata kesejahteraan keluarga perlu dilihat sebagai keutamaan strategik negara, khususnya ketika Malaysia berdepan trend penurunan kadar kesuburan yang berada pada paras 1.6 pada 2024 serta fenomena penuaan penduduk yang dijangka menjadikan negara sebagai negara menua menjelang 2036.

Artikel berkaitan: Golongan Muda Malaysia ‘Takut Kahwin’? KPWKM & LPPKN Ada Solusi Untuk Pasangan Muda!

Artikel berkaitan: KPWKM Perkukuh 4 Teras Utama, Dari Guaman Ibu Tunggal Hingga ‘Sahabat PSSS’

Menurut beliau, LPPKN kini mempergiat pelaksanaan Pakej KASIH MADANI di bawah Agenda Nasional KASIH Keluarga Negara yang merangkumi modul praperkahwinan, keibubapaan digital dan kesejahteraan mental keluarga.

Keluarga Malaysia

Dalam masa sama, transformasi digital turut diperkukuh menerusi platform seperti Portal Keluarga Bahagia, manakala instrumen seperti Indeks Kesejahteraan Keluarga dan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia terus menjadi rujukan kerajaan dalam merangka dasar berkaitan keluarga dan penduduk.

Selepas enam dekad, LPPKN bukan lagi sekadar agensi perancang keluarga, sebaliknya berkembang menjadi institusi nasional yang menyokong kesejahteraan keluarga dan pembangunan sosial negara secara menyeluruh.

Sumber: BERNAMA

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.