in

“Awak hantar mesej yang salah kepada para gadis” – Dr Amalina Tegur Prof Muhaya Isu ‘Bodohkan’ Diri Untuk Temu Jodoh

Bodoh Wtf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di media sosial kini hangat membincangkan isu mengenai sebuah video pandangan peribadi Prof Dr Muhaya Mohamad yang mengundang rasa kurang senang netizen selepas beliau meminta para wanita untuk berkelakuan ‘bodoh-bodoh sikit’ supaya cepat mendapat jodoh.

Menurut Prof Muhaya,


Orang lelaki suka perempuan yang lembut-lembut, mengharapkan perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit, itu boleh lah.

“Jadi, siapa yang lambat dapat jodoh itu boleh tengok balik perwatakan macam mana.”

Lambat Jodoh 1

Pandangan tersebut telah mendapat kritikan hebat netizen dan Dr Amalina Bakri antara yang tidak terkecuali dalam memberikan pandangan mengenai isu tersebut.

Menurut Dr Amalina, dia tidak bersetuju dengan apa yang disampaikan Prof Muhaya dan berpendapat seorang wanita itu tidak sepatutnya merendahkan level intelektual mereka demi menarik minat seorang lelaki.

Saya minta maaf tapi ibu saya tidak mendidik saya untuk menjadi ‘bodoh-bodoh sikit’ di depan lelaki supaya saya boleh ‘bertemu jodoh’. 

Awak sedang hantar mesej yang salah kepada gadis dan wanita muda di luar sana. Wanita tidak seharusnya merendahkan level intelektual mereka hanya untuk menarik minat lelaki.” 

Ama 1

Dalam pada itu, Dr Amalina mengingatkan semua wanita untuk menjadi diri sendiri dan apa yang mereka mahu tanpa perlu merendahkan diri jika ingin berkahwin.

Dia juga sempat berkongsi link berkaitan Saidatina Khadijah RA yang merupakan seorang wanita yang bekerjaya, namun kemudian menjadi isteri kepada Nabi Muhammad SAW.

Ama 2

Dalam isu ini semua orang ada pandangan masing-masing. Tapi bagi admin, yang sebaiknya kita jadilah diri sendiri. Jodoh itu adalah rahsia Allah. 

Baca: “Biarlah macam bodoh-bodoh sikit” – Prof Muhaya Kata Wanita ‘Independent’ Punca Lambat Jodoh?

Jodoh11

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.