in

Isteri Tak Boleh Bagi Anak, Suami Pergi ‘Check In’ Dekat Genting Dengan Perempuan Lain

Perampas Laki Orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Isteri Tak Boleh Bagi Anak, Suami Pergi 'Check In' Dekat Genting Dengan Perempuan Lain
Loading
/

Banyak betul golongan perampas zaman sekarang ni…


Kebanyakan masalah rumah tangga yang viral dekat media sosial mesti disebabkan orang ketiga. Itulah yang berlaku kepada wanita yang berkongsi kisah rumah tangga dia dekat Facebook, semalam.

Melalui satu posting, wanita ini telah memuat naik gambar suaminya bersama seorang perempuan lain di Genting Highland. Menurutnya, mereka berdua mempunyai hubungan dan dia sendiri telah dicabar oleh gadis tersebut untuk upload sampai jadi viral.

Dia cabar saya untuk saya viralkan. Saya dah cakap secara baik, itu suami saya. Tapi dia gelakkan saya, makin banyak upload gambar, video di igstory setiap jam bersama suami saya. Pergi club, check in hotel di Genting dan sebagainya.”

Bukan itu je, kata wanita ini lagi suami dia sendiri mengaku dah bosan dengannya dan salah satu sebab adalah kerana mereka masih belum mempunyai anak.

 

“Aku yang isteri kau pun kau tak penah peluk erat macam tu…”

Suami Dia Curang
sumber: facebook

 

“Sesiapa kenal mak ayah perempuan ni, mohon PM saya.”

Dia juga ada upload gambar serta video dari igstory gadis tersebut. Dalam video tu, gadis tersebut menjawab soalan daripada follower yang berbunyi,

Syok keluar dengan laki orang?”

Korang dengar sendiri jawapan daripada gadis tu:

Tak payah masuk campur!”

 

“Kalau laki orang pun itu masalah saya dengan dia…”

Perampas1
sumber: facebook

 

Update status dekat JAIP

Satu jam yang lepas, wanita ini ada check in di Facebook menunjukkan dia kini berada di Jabatan Agama Islam di Putrajaya. Dalam status tu, dia seolah-olah bagi hint yang dia mahu mengakhiri hubungannya dengan suami.

Kalau kau marah aku buat semua ni, ingatlah. Aku pun marah diperlakukan macam ni. Hati aku pun sakit.”

Tak dapat bayang perasaan seorang isteri bila suami curang dan ada perempuan simpanan. Buat dosa pula tu! Moga dapat diselesaikan dengan baik…

Baca: “This is a story of B*bi, an ex husband” – Wanita Dedah Bagaimana Bekas Suami Makciknya Curang Dengan Rakan Sekerja

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.