in

“This is a story of B*bi, an ex husband” – Wanita Dedah Bagaimana Bekas Suami Makciknya Curang Dengan Rakan Sekerja

Feat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hubungan suami isteri yang putus di tengah jalan boleh berlaku kerana beberapa sebab. Tapi, kalau hubungan terputus kerana salah satu pihak curang, ceritanya memang boleh beri kesan kepada semua orang.


Begitu juga dengan seorang pengguna Twitter yang menyaksikan sendiri bagaimana perkahwinan makciknya hancur gara-gara suami yang curang selama bertahun-tahun.

Di dalam thread ni, korang boleh tengok yang wanita ini tak dapat menahan kemarahannya terhadap suami makciknya yang digelar Babi ini.

1 1

Menurut World Of Buzz, semuanya bermula bila Makcik dan Babi (gelaran yang diberikan oleh individu ini) mula berkahwin pada tahun 2011. Dari awal perkahwinan, Makcik membantu kareer suaminya dengan mengambil tanggungjawab sepenuhnya menguruskan hal anak dan kerja rumah walaupun dirinya sendiri bekerja.

Dalam masa beberapa tahun, lelaki ini semakin berjaya dalam kareer dan akhirnya berjaya mendapat gaji sebanyak RM10k sebulan dan dapat membeli sebuah kondominium untuk keluarganya.

Makcik semakin sukar untuk seimbangkan kerjaya dan tanggungjawab di rumah bila anak mereka menderita ekzema dan memerlukan perhatian yang lebih.

Satu hari, lelaki ini membuat keputusan untuk bermain gitar semula dan mula keluar jamming dengan band selepas waktu bekerja.

Kerana lelaki ini jamming hampir setiap malam, ia mula mengganggu shift malam Makcik jadi dia perlu tukar kerja pada waktu pejabat supaya dia boleh jaga anaknya pada waktu malam. Apa yang Makcik tak tahu, permulaan band ini merupakan pengakhiran perkahwinannya.

2

Perlahan-lahan, suami Makcik mula berubah, Dia menjadi lebih perahsia hingga dia mula tidur di rumah ibunya dengan alasan “dekat dengan tempat kerja”. Lama-kelamaan, dia mula tidur hari-hari di sana.

Makin lama, berat badan Makcik turun mendadak kerana stress bekerja, jaga anak dan memikirkan suami yang tak pulang ke rumah. Dari 50kg, berat badan Makcik turun hingga ke 42-39kg.

Lelaki ini mula menjual rumah yang dibeli untuk keluarganya dan pindahkan isteri dan anaknya ke rumah sewa kosong. Dia berjanji untuk membeli barang bagi melengkapkan rumah tersebut tapi janji hanya tinggal janji.

34

Akhirnya, lelaki ini buat keputusan untuk ceraikan Makcik melalui Whatsapp. Eh memang babi ni!

Dalam mesejnya, lelaki ini mengatakan dia ceraikan Makcik dengan talak satu dan bagitahu yang dia bukan lelaki yang baik untuk Makcik dan Makcik mampu hidup sendiri. Geram pulak admin baca ayat lelaki ni! Menyampah!

Rupa-rupanya, lelaki ni ada perempuan lain. Tengah Makcik bersusah payah jaga anak dia, dia pergi bercuti dengan kekasih di Langkawi. Lepastu dia jual rumah pun sebab nak beli rumah besar untuk kekasih hati. Amboi! Bini kat rumah patah pinggang jaga anak, kau pergi berjoli sakan eh?

5

Tambah menyakitkan hati bila Makcik dapat tahu, kekasih suaminya ini sama tempat kerja rupanya. Kemudian, wanita ini boleh pulak mesej Makcik ni?

“Saya percaya yang awak layak dapat kebahagiaan dan cinta dalam hidup ni. Saya tak ada niat jahat terhadap awak.” Watdehellll

6

Admin yang baca cerita ni pun sakit hati. Dah lah curang, jadi bapak pun tak bertanggungjawab. Kahwin sebab nak sedap je ke?

 

Baca: “Kau tu kotor, jijik, cacat” – Suami Curang Lepas Muka Isteri Hancur Akibat Kemalangan Motosikal

Screenshot 2019 05 03 At 4.38.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.