in

“I’m just giving you guys a hint” – Caprice Buka Mulut Isu Posting Gambar Syaitan Di IG

Perjelas Gambar Syaitan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, telah mencetuskan satu lagi kontroversi selepas memuat naik foto makhluk seperti syaitan di Instagramnya baru-baru ini.


Foto tersebut telah menimbulkan spekulasi di kalangan netizen sehingga ada yang mengaitkannya dengan isu terdahulu melibatkan Ustaz Ebit Lew dan Nadir Al Nuri.

Walau bagaimanapun, Caprice menerusi satu video yang dimuat naik sebentar tadi telah memperjelas sebab disebalik gambar tersebut.

Menurutnya, gambar itu tidak lebih dari satu peringatan berkenaan dunia yang kini menuju akhir zaman dan orang ramai tidak sepatutnya tekejut kerana perkara ini sememangnya sudah tertulis di dalam Al Quran.

Upload gambar syaitan satu Malaysia kecoh, media-media semua pick up. Oh Caprice upload gambar syaitan. 

“Listen guys akhir zaman already written in Quran. I’m just giving you guys a hint on what’s gonna happen. Kenapa nak terkejut it’s already written,” katanya.

Malah Caprice juga mempersoal mengapa gambar yang dimuat naiknya menjadi tular sedangkan ada banyak lagi gambar wanita seksi di media sosial yang tidak diperkatakan netizen.

“Upload gambar syaitan satu Malaysia kecoh, tetapi beribu-ribu gambar perempuan tak tutup aurat kenapa tak viral pula tak kecoh pun? Am I the crazy one Malaysia or it is you?” kata Caprice lagi.

Pun begitu, Caprice telah menutup bahagian komen video tersebut dan netizen tidak dapat memberi sebarang komen berkenaan penjelasannya itu.

Baca: “Saya takkan pernah menipu atau sebar fitnah dalam bab kemajuan islam” – Caprice

Poyo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.