in

Ibu Terkedu Lepas Terima Panggilan Dari Rumah Pengasuh. Bayi Dah Tak Bernyawa, Hidung Berdarah & Mata Lebam

Allah Tahu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masuk 2019 ni ingatkan dah tak ada lagi kes berkaitan bayi didera atau meninggal dunia dalam jagaan pengasuh, tapi rupa-rupanya masih ada lagi bayi yang menjadi mangsa atas kejadian tragik ini.

Baru-baru ni, bayi berusia 7 bulan dilaporkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala ketika dalam jagaan pengasuh di Kampung Setia Jaya, Setapak, Kuala Lumpur, lapor Harian Metro.


 

“Pengasuh call umi Fawwaz beritahu baby dah tak boleh bernafas. Tapi bila sampai… ” 

Shafiqah iaitu ibu saudara kepada bayi yang bernama Fawwaz ini telah berkongsi cerita sedih tentang apa yang berlaku kepada anak saudaranya di Facebook. Ini apa yang diceritakannya:

Allah.. macam tak percaya semua ni berlaku dengan pantas.. takziah buat abangku Mohamad Firdaus & kakak ipar atas pemergian anak bongsu dari tiga beradik, Muhammad Aisy Fawwaz tengah hari tadi (usia nak dekat 8 bulan).

“Tengah hari tadi 08-01-2019 dalam jam 12 lebih pengasuh (dari kg setia jaya) call umi fawwaz beritahu baby dah tak boleh bernafas. Umi fawwaz mengajar di SK Tmn Melati, dekat sangat dengan rumah pengasuh.

“Abang ika sampai rumah pengasuh, baby dah betul2 lemah, terkulai masa dukung.. darah dah penuh kat hidung dah block habis pernafasan fawwaz.. bawah mata lebam.. Allahu”

Bayi
sumber: facebook

 

“Doktor cuba selamatkan Fawwaz. tapi Allah lebih sayangkan kamu wahai anak” 

“Abg ika terus ke klinik paling dekat, Klinik Hamidah, Taman Melati dengan abang no. 4, Hasbullah dan wife kak fazila.. sebab nak ke HKL masa tu memang tak sempat. Doktor cuba selamatkan fawwaz, tapi Allah lebih sayangkan kamu wahai anak.. doktor cakap nadi fawwaz dah takda.. ?

“Terus bawak ke emergency HKL, zon merah. Doktor pun sahkan fawwaz dah takda.. Doktor scan xray semua, banyak pendarahan di kerongkong fawwaz penuh di saluran pernafasan.. bukan tersedak susu..

“Doktor belum dapat cari lagi punca sebab apa, minta abang ika buat laporan polis bagi keterangan. Dan malam ni polis forensik ke rumah pengasuh utk buat siasatan. Esok pagi dalam 83.0 pagi 09-01-2019 baru buat post mortem untuk cari jawapan paling tepat. Doakan semoga kita dapat tahu punca sebenar.” 

49729243 2091606640920570 8371803751475838976 N
sumber: facebook
49467931 2091602194254348 6154333551257976832 N
sumber: facebook

 

“Ambiklah susu Fawwaz ni… dah tak siapa boleh minum” 

Menurut Shafiqah, mereka sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku namun harus terima kenyataan dan redha dengan takdir Fawwaz ini.

Cuma hatinya rasa sebak sikit bila kakak iparnya cakap, “Ika ambiklah susu Fawwaz ni bagi Uwais (anak Shafiqah)… dah tak ada siapa boleh minum.” Allahuuu.. 

49763682 2091599754254592 1670778604977389568 N
sumber: facebook

Gambar pakai kopiah ni juga dikatakan gambar terakhir Fawwaz yang diambil abinya pagi sebelum kejadian berlaku. Semasa hantar ke pengasuh juga, Fawwaz dimaklumkan dalam keadaan sihat.

49450570 2091600774254490 1021386413179928576 N
sumber: facebook

 

Tiada penangkapan dibuat ke atas pengasuh, polis masih siasat punca kejadian

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, bedah siasat mendapati punca kematian bayi tersebut adalah disebabkan kecederaan dan pendarahan dalaman di kepala akibat terjatuh.

Pun begitu, sehingga kini tiada penangkapan dibuat dan siasatan tentang punca sebenar kejadian sedang dibuat. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

https://www.facebook.com/shafiqah.a.razak/posts/2092547147493186

Semoga ibu dan ayah bayi syurga ini tabah hadapi dugaan yang menimpa. Takziah daripada admin dan team Lobak Merah. Al Fatihah. 

Baca: Kesan Koyakan Pada Selaput Dara & Dubur, Bayi 9 Bulan Mati Didera Suami Pengasuh

Babymati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.