in

Hanya Kebetulan Jumpa Di Simpang Jalan, Annuar Musa Sangkal Dakwaan Langgar SOP

Cover

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membenarkan aktiviti jogging dalam berkumpulan, namun tidak melebihi 2 orang dan hanya dilakukan di dalam kawasan kejiranan sahaja.

Tular baru-baru ini apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ada memuat naik satu gambar di Twitter yang menunjukkan beliau sedang beriadah di kawasan perumahan.


1 17

Bagaimanapun, gambar tersebut mendapat perhatian ramai apabila aktiviti riadah tersebut dilihat dilakukan secara berkumpulan seramai 3 orang.

Ciapan gambar itu menimbulkan persoalan ramai, bukankah aktiviti jogging berkumpulan hanya boleh dilakukan tidak melebihi 2 orang seperti yang ditetapkan oleh kerajaan?

Rata-rata netizen mengecam perbuatan tersebut dan menganggap berlakunya sikap pilih bulu daripada pihak berwajib berkenaan isu ini.

Melihatkan kecaman yang diterima, Tan Sri Annuar Musa tampil menjelaskan keadaan dalam satu ciapan. Menurut beliau, dua individu tersebut sebenarnya sedang melakukan brisk walking secara berseorangan pada mulanya.

2 11

Namun, secara kebetulan mereka terserempak di satu persimpangan dan berjumpa buat sementara. Sambung beliau, tidak lama selepas itu mereka berpecah dan meneruskan aktiviti riadah masing-masing dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Apa komen anda tentang isu ini?

 

BACA: “Panggil lah elok sikit” – Netizen Bengang Tindakan Annuar Musa Gelarkan Veveonah ‘Tree Girl’

Capture 11

 

 

Sumber: AnnuarMusa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.