in

HANGUS! Semua Simpanan Tabung Haji, ASB, Pusaka Seorang Pesara Bernilai RM1.84 Juta Lesap Akibat Macau Scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saban hari kita terbaca berita berkenaan jenayah scam. Lepas satu, satu. Macam kita tidak peka dan ambil pengajaran dengan kes yang telah terjadi sebelum ini.


Menurut Berita Harian, nasib malang menimpa seorang pesara wanita berumur 76 apabila telah diperdaya oleh sindiket Macau Scam kononnya mendakwa mangsa terlibat dengan satu sindiket pengubahan wang haram. Dilaporkan RM1.84 juta simpanan dari Tabung Haji, ASB dan harta pusaka telah lebur. Banyak gila kan?

Jadi, ini kronologi kejadian yang terjadi:

Kronologi Kejadian Macau Scam

5 Jun

  • Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang petugas Pos Laju yang memberitahu dia telah menerima bungkusan daripada wanita tersebut yang mengandungi kad pengenalan dan 8 kad ATM. Walau bagaimanapun, mangsa menafikannya.
  • Suspek memaklumkan mangsa terlibat dengan sindiket pengubahan wang haram berjumlah RM1.48 juta.
  • Suspek berniat untuk membantu mangsa dan menyarankan untuk membuat laporan polis.
  • Mangsa menerima panggilan tiga individu yang disyaki menyamar sebagai pegawai polis.
  • Mangsa diberitahu telah terlibat dengan penggubahan wang haram dan diminta untuk memindahkan wang ke dalam beberapa akaun milik suspek.

23 Jun

  • Mangsa memindahkan wang berjumlah RM790,000

30 Jun

  • Mangsa memasukkan dua cek bernilai RM300,000 dan RM350,000 setiap satunya ke dalam sebuah akaun syarikat pembinaan

13 Julai

  • Mangsa memasukkan cek bernilai RM200,000 hasil jualan barang kemas dan pinjaman dari adik-beradik

22 Julai

  • Sekali lagi mangsa memasukkan cek bernilai RM200,000

Kemudian, suspek terus meminta mangsa memindahkan lagi wang bernilai RM1 juta bagi mengelak daripada mangsa ditahan reman. Kerana telah kehabisan wang, mangsa menghubungi anaknya di Kuala Lumpur dan pada ketika itulah penipuan wang ini disedari oleh anaknya.

 

Bayangkan duit simpanan kita yang berjuta-juta lebur macam tu je. Lain kali kalau dapat panggilan mencurigakan jangan layan. Anak-anak pun kena  ambil tahu keadaan mak ayah kat kampung. Harap tak berulang lagi laa kes macam ni. Duit dah la susah nak cari.

 

Baca: “14 tahun baru tapi banyaknya duit” – Terpedaya Degan Love Scam, Remaja Lelaki Tanggung Rugi Hampir RM300,000

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.