in

“14 tahun baru tapi banyaknya duit” – Terpedaya Degan Love Scam, Remaja Lelaki Tanggung Rugi Hampir RM300,000

Love Scam

Selalu kita dengar mereka yang berusia ni yang kerap terlibat dengan kes penipuan ‘love scam’, rupa-rupanya budak bawah umur pun boleh terjebak sehingga sanggup memberikan ratusan ribu ringgit kepada orang yang tidak dikenali. Uish! 

Menurut Harian Metro, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM295,950 selepas diperdaya sindiket Love Scam.

Kejadian bermula pada Februari lepas itu berlaku selepas remaja berkenaan berkenalan dengan seorang gadis di Facebook.

Facebook On Iphone

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mereka mula berkenalan apabila gadis berkenaan yang menggunakan nama Dea Anis atau Anis Anis ini mengiklankan penjualan telefon di Facebook.

“Remaja itu tertarik dengan telefon yang diiklankan lalu menghubungi gadis berkenaan melalui nombor telefon yang disertakan pada iklan berkenaan.

“Bermula dari situ, terjalin hubungan antara mereka dan mangsa sering menghubungi gadis tersebut untuk berbual melalui WhatsApp dan bermain permainan video dalam talian PUBG mobile,” jelasnya.

 

Guna wang simpanan dan family untuk diberi kepada suspek

Lepas 4 bulan berkenalan, gadis itu katanya telah meminta bantuan untuk meminjam wang daripada mangsa. Mangsa pula telah menggunakan wang simpanannya dan pinjam wang ahli keluarga untuk diberikan kepada suspek. Adoi! 

“Dalam tempoh 2 Mei hingga 20 Jun lalu, mangsa meminjamkan wang kepada gadis itu melalui 21 transaksi pindahan wang ke dua akaun bank yang diberikan namun atas nama individu lain.

“Suspek berjanji akan membayar hutangnya itu namun hingga kini dia gagal berbuat demikian,” katanya lagi.

Atm Maybank

Lepas merasa tertipu, bapa mangsa yang berusia 53 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Brinchang, Cameron Highlands semalam.

Polis kini sedang menyiasat seorang lelaki yang juga pemilik akaun yang digunakan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 

“RM295k boleh beli rumah sebijik!” 

Rata-rata yang mengikuti kes tersebut bagaikan tidak percaya bagaimana seorang remaja mempunyai wang sebanyak itu. Malah berani pula dia berikan wang banyak-banyak macam tu pada orang yang tak dikenali!

Duit

Gigit kuku jelah min dengar duit ribu-ribu macam ni bagi dekat orang. Semoga tak ada yang terpedaya lagi dengan scam macam ni. 

Baca: “Famous padahal scammer” – Influencer Kantoi ‘Beli Followers’ & ‘Likes’ Sebab Nak Dapat Makanan, Barang FREE

In

Sumber: TVO
Sumber: Sohoque
Sumber: Twitter