in

“Halaa comelnyaaa” – Video Moyang Layan Cicit ‘Battle’ Beyblade Cuit Hati Netizen

Collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain dari bayi atau kanak-kanak, warga emas pun boleh buat kita ketawa bila tengok keletah mereka. Lagi-lagi kalau tengok dorang excited buat benda-benda yang tengah trending sekarang.


Macam video yang dikongsi oleh Zilla Nazilla di Facebooknya ini. Memang comel teruk tengok telatah moyang layan cicitnya main Beyblade. Korang tengok je lah sendiri comel tak comel.

Cicit Vs Moyang ?Nazmi ni dalam senyap dia ajar moyang dia ?? sedar-2 duduk dapur tengah berlawan dengan cicit ??Moyang sayang cicit ?. Sanggup belajar sampai boleh ??Jangan main-2 handal main beyblade ni ??Belum dengar dia kata "udahhh tumpooo" lagi ngekek ???

Posted by Zilla Nazilla Nzlazillamua on Friday, April 12, 2019

 

Menurut rakan cucu keluarga, Murshida Fasha, nenek ni memang sempoi habis dan suka layan orang berbual.

“Nama embah ni Limah Binti Abdullah. Dia keturunan cina tapi masa dulu-dulu sebatang kara. Terbiar, tak tahu siapa mak ayah dia, tak tahu dr keturunan Lim ke Lee ke ape ke memang tak tahu.

“Peribadi baik aje. Kahwin dengan orang Jawa nama Suprat Bin Sukhir. Dikurniakan 7 orang anak, 1 meninggal masa kecik, 1 lagi baru meninggal sebab asma.

“Embah Limah ni pernah buat operation craniotomy sebab pendarahan dalam kepala. Jadi dia ada ingat-ingat lupa sikit. Pastu pernah jatuh dan patah tulang paha, buat operation jugak.

“Disebabkan dia ni ingat2 lupa (tak mcm nyanyuk pun), lepas 2-3 minggu rilek je boleh jalan. Allah bagi kekuatan untuk dia bergerak dan sihat.

“Sekarang umur dia 86 tahun (kot) sebab ic dulu-dulu kan. Embah Limah memang steady. Seronok layan.”

Netizen pun rata-rata memang seronok tengok kecomelan Embah Limah yang terangguk-angguk masa main Beyblade.

Screenshot 2019 04 25 At 1.51.06 PmScreenshot 2019 04 25 At 1.49.50 Pm

Jangan kata korang, admin pun tersengih-sengih tengok keletah Embah Limah ni. Memang buat rindu dengan arwah nenek lah.

 

Baca: Nenek 50 Tahun Terkejut Mengandung 26 Minggu Selepas Disahkan Menopaus!

Screenshot 2019 04 25 At 1.58.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.