in

Nenek 50 Tahun Terkejut Mengandung 26 Minggu Selepas Disahkan Menopaus!

Baby 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa perasaan anda kalau tiba-tiba mak yang dah menjangkau usia 50an tiba-tiba beritahu, “Mak mengandung lagi, kamu nak dapat adik”.


Fuh, mesti terkejut beruk punyalah! Bukan tak suka tapi mesti terfikir, mak umur 50 tahun tapi mengandung lagi?

Nenek dua orang cucu, empat anak

Tapi cerita ni benar-benar berlaku di Naples, Florida menurut Daily Mail UK.

Seorang ibu beranak empat dan ada dua orang cucu ingat dia dah menopaus atau tak lagi datang period selepas setahun tak ada kitaran bulanan.

Semasa Michele Hall dan suaminya, Jerry dapat tahu yang mereka akan menimang cahaya mata lagi, dia sedang mengandung 26 minggu.

Baby 4
sumber: naples news

Kalau 26 minggu, maknanya mereka baru nak masuk trimester ketiga. Kira-kira 2 bulan lagi sebelum due date bersalin.

Tak alami sebarang alahan

Menurut Michele, dia tak alami sebarang alahan atau peningkatan berat badan berbanding kelahiran anak-anak sebelum ni.

Cuma dia selalu sakit di bahagian abdomen yang mana dia ingat tu simptom-simptom untuk menopaus atau penyakit lupus yang dihidapi sejak 10 tahun lalu.

Baby 3
Sumber: naples news

Tapi sebabkan rasa tak selesa sangat, dia pun ambil pregnancy test dan keputusannya positif!

Kebiasaannya, seorang wanita akan susah mengandung sebaik mencecah usia 30-40an menurut pakar sakit puan, Dr. Thomas “Tom” Beckett.

Dan mengalami menopaus sewaktu berusia pertengahan atau lewat usia 40an.

“Semua orang terkejutlah”

Menurut Michele, dah tentu semua orang terkejut dengan berita kehamilannya. Termasuk anaknya yang paling bongsu, Aubrey, 14 tahun.

Tapi yang lawaknya Jerry kata dia rasa lebih muda bila ada anak terbaru ni. Haip!

Baby 2
sumber: naples news

Anak-anak Michele yang lain bernama Aaron Myers, berumur 34 tahun. Dia juga ada seorang lagi anak perempuan, Heather Yeager, 28, serta seorang lagi anak lelaki, Brandon Myers, 24.

Tapi yang bagusnya, keluarga Michele termasuk anak-anak, kawan-kawan serta jiran semua supportive bila dapat berita ni walaupun agak terkejut pada awalnya.

Grayson dilahirkan secara C-sect

Bayi comel ni dilahirkan pra matang pada usia 35 minggu dengan berat sekitar 6 paun 19 auns.

Disebabkan umur Michele dan bayinya yang belum cukup minggu, penyakit lupus dan faktor lain, Grayson dilahirkan secara pembedahan Caesarean atau C-sect.

Baby 1
sumber: naples news

Pada mulanya, Grayson turut mengalami beberapa masalah kesihatan seperti isu pernafasan, sleep apnea dan masalah jantung yang menyebabkan dia terpaksa diletak di unit rawatan rapi selama 12 hari.

Pada masa sama, Michele yang akan berusia 51 tahun Mei nanti dah siap-siap ikat tiub fallopio takut termengandung lagi.

Baca: Demi Nak Curang, Suami Sanggup Cekik Isteri Hamil Sampai Mati dan Bunuh Dua Anak Perempuan

Hamil

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.