Pemberian hadiah sempena Hari Guru bukan sekadar tradisi tahunan, malah dilihat sebagai simbolik tanda penghargaan yang tidak terhingga atas segala didikan, pengorbanan yang dicurahkan demi masa depan anak bangsa.
Ada sebahagian hadiah yang akan membuatkan para guru tersentuh hati dan ia menjadi memori yang tidak akan dilupakan seumur hidup kerana setiap hadiah itu ada kisahnya tersendiri.
Seperti perkongsian daripada seorang guru yang dikenali sebagai Miss Nurul, beliau tidak dapat menahan sebak apabila menerima sebuah hadiah istimewa daripada seorang muridnya.
Kata guru di salah sebuah sekolah di Subang itu, hadiah inilah paling diingati dan membuatkannya berasa insaf dan bersyukur.
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat guru itu menerima sekotak hadiah berisi pelbagai jenis jajan berupa biskut dan gula-gula beserta sepucuk surat. Apa yang lebih sebak, kesemua hadiah yang diberikan dipercayai barangan sumbangan perayaan.

“Ini hadiah paling menyakitkan yang pernah saya terima. Yang sentiasa saya teringat.
“Tahu apa yang dia berikan? Makanan yang saya percaya dia dapat dari sumbangan raya. Jajan-jajan yang mungkin orang sumbang atau bagi. Pedih hati saya, tak sanggup nak pandang,” ujarnya.
View on Threads
Artikel berkaitan: Dulu Menang RM1,500, Kini Lagu ‘Cikgu Hashim’ Jadi Simbol Hari Guru Malaysia
Artikel berkaitan: “Kami mohon untuk tidak beri pen, mug, frame” – Cikgu Didakwa ‘Demand’ Hadiah Hari Guru Cetus Perhatian Netizen
“Dia beri yang paling dia sayang”
Menurut Miss Nurul, murid yang memberikan hadiah tersebut merupakan seorang murid yang tinggal di rumah amal.
Katanya, kedua-dua ibu bapa murid berkenaan berada di pusat pemulihan dan murid itu tinggal bersama seorang adik yang bersekolah di Tingkatan Satu.
“Dia ada adik Form 1. Dia jaga adik dia. Pelajaran mereka tertinggal. Dia cakap dia tak boleh fokus. Dia asyik fikir parents dia dan macam mana nak jaga adiknya.”
Mengulas lanjut, Miss Nurul mengalu-alukan jika orang ramai mahu memberikan sumbangan seperti makanan atau barangan keperluan sekolah, boleh menghubunginya menerusi akaun Threadsnya.
Sumber: Threads
