in

“Haa teman bakor mike kang” – Lepas Isu ‘Jalur Gemilang’, MABA Buat Hal Lagi Bendera Negeri Perak Pulak Terbalik

Mabahko

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum lagi reda isu Malaysia Basketball Association (MABA) yang memaparkan gambar Jalur Gemilang yang salah semasa kejohanan bola keranjang peringkat kebangsaan, kali ini muncul pulak isu baru.


77232520 2230118773963975 3602113492615692288 N
sumber: facebook

Netizen semalam kecoh di Twitter selepas tular satu gambar yang menunjukkan seorang pemain bola keranjang memakai jersi dengan gambar bendera negeri Perak dalam keadaan terbalik. 

 

“Ini bendera Perak Darul Ridzuan ke negeri lain?” 

Gambar yang telah di ‘screenshot’ Facebook story MABA ini menunjukkan seorang pemain wakil Perak memakai jersi merah dengan bendera negeri tersebut dalam keadaan terbalik. Laa dah kenapa dorang ni? 

Sepatutnya warna putih patut berada di atas dan diikuti dengan warna kuning dan hitam. Ini hitam di atas, kuning dan putih pulak di bawah. Gambar tersebut walau bagaimanapun katanya sudah dipadam oleh pihak admin Facebook MABA.

 

“Aku sebagai orang Perak rasa nak mengamok heee” – Netizen

Seperti yang korang semua boleh agak, rata-rata netizen memang marah sangat dengan apa yang dilakukan MABA. Sepertinya mereka langsung tak tahu menahu tentang bendera negara dan negeri-negeri dalam Malaysia ni. Orang Perak mesti tengah sentap sekarang kan??

Baler
sumber: twitter

Isu ini juga mendapat perhatian penyanyi Adibah Noor yang tidak puas hati dengan apa yang berlaku.

Harapnya pihak kerajaan dan YB Syed Saddiq lebih tegas dan teliti dalam isu berkaitan Jalur Gemilang dan bendera negeri lain ini. Pelik betul bila rakyat sendiri tak tahu rupa bendera negara yang mereka diami. 

Baca: “Kalau google pun tak mungkin boleh salah” – Netizen Bengang Bila Penganjur Salah Papar Bendera Malaysia Masa Nyanyian Lagu Negaraku

Fire

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.