“Goyang kaki pun duit masuk”- Penjawat Awam Doakan Covid-19 Meningkat Di M’sia Dikecam, Katanya Akaun Digodam

Jadikan sumber pilihan di Google
“Goyang kaki pun duit masuk”- Penjawat Awam Doakan Covid-19 Meningkat Di M’sia Dikecam, Katanya Akaun Digodam

Seluruh rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama ketika ini mendoakan agar kes covid-19 di negara ini mencapai angka sifar sekaligus menjadikan negara bebas Covid-19.

Namun berbeza dengan seorang individu yang dikatakan ‘penjawat awam’ apabila meninggalkan komen mendoakan kes Covid-19 di negara ini terus meningkat sehingga viral di media sosial.

Lebih menyakitkan hati dia berkata, penjawat awam sepertinya tidak mengapa sebab gaji berjalan seperti biasa, walaupun hanya goyang kaki di rumah.

 

“Orang yang kerja swasta/berniaga je banyak menggelupur sebab duit tak masuk, nasib korang la, apesal tak nak mintak kerja dengan kerajaan…”

670627Sumber: facebook

Komen itu nyata menimbulkan kemarahan rakyat sehingga individu tersebut mendapat kecaman daripada pelbagai lapisan masyarakat.

*Kalau admin sendiri pun marah baca komen macam tu…

Selepas isu semakin serius, pemilik akaun tersebut Aisar Nazry En Nazry atau nama penuhnya Mohd Aisamuddin Mohd Nazry tampil menceritakan perkara sebenar.

 

“Account fb sye telah digodam oleh orang yang tidak bertanggunjwab , sye berharap tuan puan hentikan berita yang tersebar di media sosial ,mohon maaf kepada semua sekian ??..”

Katanya ada individu tidak bertanggungjawab telah menggodam akaun facebooknya dan meninggalkan komen sedemikian.

22 2Sumber: facebook

Malah Aisar sendiri telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut. Katanya dia bimbang akan keselamatan diri dan keluarga sekaligus menafikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Namun di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat yang ‘akaun digodam’ hanyalah alasan selepas kes tersebut viral di media sosial.

 

“Allah nak tarik Nikmat kejak jer, Mana pergi pic profile dan posting lain.. Kena hack jugak ke… Pasai delete… Nak glamour bkn mcm ni caranya…”

3 3Sumber: facebook

 

*Admin tengok di fb Aisar, kini hanya ada 2 posting  sahaja iaitu bertarikh 6 Mac 2018 dan terbaru 4 May 2020…mungkin akaun kena godam kot, husnuzon yer.

Baca : TERKINI : Ibu Bapa Dibenarkan Pulang Ke Kampung & Bermalam HANYA Untuk Mengambil Anak  Ismail Sabri

Feat 10

 

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Goyang kaki pun duit masuk”- Penjawat Awam Doakan Covid-19 Meningkat Di M’sia Dikecam, Katanya Akaun Digodam
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/goyang-kaki-pun-duit-masuk-penjawat-awam-doakan-covid-19-meningkat-di-msia-dikecam-katanya-akaun-digodam/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen