in

Digugurkan Daripada Jawatan Menteri Kurang Daripada 36 Bulan, Ahli Jemaah Menteri Tak Layak Dapat Pencen?

D Z Axuuiaatqg4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula dengan ‘meeting’ tergempar beberapa parti politik di Malaysia dan kemudian peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, rakyat kini masih dalam kekeliruan apa yang akan berlaku seterusnya kepada pentadbiran dan politik semasa negara.


632283

Susulan peletakan jawatan PM, Yang di-Pertuan Agong semalam berkenan membatalkan perlantikan menteri-menteri atas nasihat PM semalam.

Malah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali telah mengeluarkan surat rasmi pembatalan itu sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 43 (5) Perlembagaan Persekutuan selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri semalam.

 

Ahli jemaah menteri mungkin tak layak dapat pencen? 

Menurut Sinar Harian, Ahli Jemaah Menteri yang sedia ada berkemungkinan tidak dapat kelayakan pencen sekiranya mereka diberhentikan perkhidmatan susulan desas-desus pembentukan gabungan kerajaan baru antara kerajaan dan parti pembangkang.

Malah difahamkan, jawatan yang dipegang oleh Jemaah Menteri PH ni baru je memasuki 21 bulan tetapi syarat kelayakan pencen pula perlu sekurang-kurangnya tempoh 36 bulan berkhidmat mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237].

Kabinet Ph3

“Seseorang yang berhenti menjadi ahli atau anggota boleh diberi pencen jika dia menyempurnakan syarat minimum 36 bulan perkhidmatan tetapi jika penamatan perkhidmatan disebabkan Parlimen bubar, kematian dan di bawah Per 48(1)(a) tidak sempurna akal, maka ada hak pencen walaupun belum cukup 36 bulan sebagai anggota,” kata Prof Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, Pakar Undang-undang UIAM.

Tapi kalau jemaah kabinet baru ni baru mencapai 21 bulan, maknanya mereka akan kehilangan kelayakan pencen yang telah ditetapkan akta lah kan?

 

“Jika pernah menjadi ahli Parlimen akan dapat pencen tapi…” 

Dalam pada itu, Pakar Perlembagaan yang juga Felo Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof juga mengakui perkara tersebut bahawa ahli dan anggota pentadbiran boleh diberi pencen jika mereka menyempurnakan 36 bulan perkhidmatan mengikut akta berkenaan.

“Bagaimanapun jika kurang dari 36 bulan, seseorang ahli atau anggota itu akan hilang kelayakan mengikut akta berkenaan dan tidak akan mendapat pencen untuk jawatan menteri tetapi jika seseorang itu pernah menjadi ahli Parlimen atau menteri pada penggal sebelum ini, dia akan terus mendapat pencen tersebut tapi tidak bagi jawatan terkini dipegang yang tidak cukup tempoh,” jelasnya.

Unnamed 1

Dalam situasi sekarang, kemungkinan besar jika Parlimen bubar, jemaah Kabinet yang baru memegang jawatan tidak sempat mendapat pencen.

Hmm agaknya apalah nasib bekas menteri ni semua ye? Kita tunggu dan lihat sajalah. 

Baca: “Kami bukan pengkhianat tapi nak gagalkan konspirasi jatuhkan Tun Mahathir” – Dato’ Seri Azmin Ali

Tun M

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.