in

“Kami bukan pengkhianat tapi nak gagalkan konspirasi jatuhkan Tun Mahathir”- Dato’ Seri Azmin Ali

Featured 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh apabila seramai 11 orang ahli parlimen umumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) bagi membentuk sebuah blok bebas di parlimen.


Malah ada pihak yang menganggap tindakan itu sebagai ‘pengkhianatan’ terhadap parti.

 

“Kami menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pihak yang melabel kami sebagai pengkhianat. Sebaliknya mereka yang berusaha menjatuhkan Perdana Menteri adalah pengkhianat sebenarnya…”

Menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku dalam postingnya di facebook, Azmin berkata usaha yang dilakukan mereka adalah bagi menggagalkan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri di tengah-tengah penggal.

KENYATAAN MEDIA24 FEBRUARI 2020Malam Jumaat lalu kita menyaksikan usaha golongan sebahagian pimpinan Pakatan Harapan…

Posted by Azmin Ali on Monday, February 24, 2020

 

Kempen jatuhkan PM dah dilakukan sejak beberapa bulan lalu…

Kempen ini telah dimulakan sejak beberapa bulan yang lalu dengan kekerapan meningkat dari semasa ke semasa sehingga mengalihkan pandangan rakyat daripada usaha untuk memberikan tumpuan kepada agenda pemulihan ekonomi dan reformasi institusi. Kempen ini telah menghakis keyakinan rakyat dan masyarakat pelabur terhadap kewibawaan kerajaan PH.

Pelbagai usaha dilakukan untuk memberi tekanan kepada YAB Tun Dr. Mahathir yang sedang mempersiapkan negara untuk menganjurkan Persidangan APEC pada bulan November 2020. Persidangan ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada usaha menampilkan Malaysia sebagai model transisi demokrasi yang mengutama agenda aspirasi rakyat.

Usaha jahat untuk menjadikan Perdana Menteri sebagai “lame duck PM”

6B079B4854C535F6C6C78Bb8860E71D1

 

Kami yakin bahawa percubaan memaksa Perdana Menteri menentukan tarikh peralihan kuasa sebagai usaha jahat untuk menjadikan Perdana Menteri sebagai “lame duck PM”.

Ini adalah kerana menukar Perdana Menteri di tengah penggal memberi isyarat yang salah kepada rakyat dan masyarakat pelabur. Peralihan kuasa ditengah-tengah penggal akan mengugat kesinambungan dasar-dasar dan persepsi rakyat terhadap kerajaan PH.

Justeru itu kami telah mengambil langkah proaktif untuk mengagalkan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri ditengah-tengah penggal.

Mereka lebih mementingkan agenda mengambil kuasa Perdana Menteri dari memulihkan ekonomi serta meningkat kesejahteraan rakyat…

Kami menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan pihak yang melabel kami sebagai pengkhianat. Sebaliknya mereka yang berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri ditengah penggal adalah pengkhianat sebenarnya kerana mereka lebih mementingkan agenda mengambil kuasa Perdana Menteri dari perlaksanaan dasar-dasar Kerajaan yang bertujuan memulihkan ekonomi serta meningkat kesejahteraan rakyat.

*Kenyataan penuh korang boleh tengok kat link facebook yang penulis dah letakkan.

 

Admin pulak yang debor baca kenyataan-kenyataan dorang ni

Baca : Berlaku pengkhianatan terbuka-[TERKINI] Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin Dan 9 Ahli Parlimen Isytihar Keluar PKR!

Featured 41

 

 

 

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.