in

Didakwa Ada Kuasa Mistik, Ini Kisah Tongkat Komando Milik Presiden Soekarno

Presiden Bung Karno

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden Indonesia pertama, Soekarno atau sering dirujuk sebagai Bung Karno ini merupakan bekas presiden pertama Negara Republik Indonesia yang memerintah dari 18 Ogos 1945 sehingga 12 March 1967.


Bung Karno juga merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep ‘Pancasila’ yang sehingga hari ini menjadi dasar negara republik.

Baru-baru ini, sebuah akaun TikTok dengan nama whichiskarena telah berkongsikan satu kisah mistik dan sehingga hari ini masih menjadi tanda tanya ramai berkenaan mantan presiden Indonesia tersebut.

Tongkat Bung Karno

Tongkat Komando Bung Karno

Menurut perkongsian akaun tersebut, dikatakan Bung Karno sering kelihatan membawa sebatang tongkat sehinggakan perjumpaan dengan tokoh politik terkemuka Cuba, Fidel Castro turut membincangkan perihal tongkat tersebut.

Selain itu, difahamkan Bung Karno mempunyai tiga buah tongkat yang dikhaskan untuk majlis-majlis tertentu. Satu akan dibawa ketika bertemu para jeneralnya, satu akan dibawa semasa berpidato dan satu lagi dikhaskan untuk dibawa ketika rombongan keluar negara.

@whichiskarenaOoky Spooky Babadooky ?##Halloween2021 ##yukcaritau ##soekarno ##samasamabelajar♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Salah satu daripada tongkat tersebut difahamkan menjadi perhatian ramai kerana dipercayai mempunyai ‘kuasa mistik’ iaitu tongkat komando milik mantan presiden tersebut sehinggakan turut ditanya tentang ‘kesaktiannya’ oleh Fidel Castro pada pertemuan kedua-dua peminpin agung tersebut pada tahun 1960.

Difahamkan, tongkat ini semakin dipercayai mempunyai ‘kuasa’ kerana satu insiden yang berlaku ketika percubaan untuk membunuh presiden tersebut yang dikatakan ketika itu sedang Solat Aidiladha dan walaupun Bung Karno diceritakan ditembak dalam jarak kurang dari 5 meter, namun tembakan tersebut tersasar sedangkan individu yang ingin menembaknya tersebut merupakan seorang ‘pakar’ dan individu yang terlatih.

Bung Karno

Menerusi sesi pengadilan yang disiarkan secara langsung melalui radio, suspek menceritakan secara terperinci detik-detik tersebut. Difahamkan, tembakan tersebut tersasar kerana ketika ingin menembak presiden tersebut, dia melihat ada Bung Karno ada 5 orang kesemuanya.

“Untuk menghadapi Para Jenderal”

Selain itu, menurut laporan berita tempatan, tongkat-tongkat milik mantan presiden itu diperbuat dari kayu Pucang Kalak. Pohon Pucang itu banyak, tapi Pucang Kalak itu hanya ada di salah satu tempat keramat di Ponorogo, Jawa Timur. Ada cerita yang  mengatakan kayu tersebut memiliki keistimewaan. Jika memegang kayu tersebut di atas permukaan air, maka bayangan kayu tersebut berubah menjadi seekor ular yang sedang berenang.

Presiden Sukarno

Lebih menarik, dikatakan cara Bung Karno mendapatkan kayu ini cukup unik. Pada suatu malam, dia didatangi orang dengan membawa sebalok kayu Pohon Pucang Kalak yang dipotong dengan tangannya, lalu balok itu diserahkan pada Bung Karno. ”Untuk menghadapi Para Jenderal” kata orang itu. Lalu Bung Karno menyuruh seorang seniman Yogyakarta untuk membuat kayu itu menjadi tongkat komando.

Baca : Bekas Pegawai Risikan Arab Saudi Dedah Pernah Ada Konspirasi ‘Lenyapkan’ Raja Abdullah Oleh Cucu Sendiri?

Kospirasi Pembunuhan Raja Abdullah

Sumber: Boombastis
Sumber: Liputan 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.