in

Bekas Pegawai Risikan Arab Saudi Dedah Pernah Ada Konspirasi ‘Lenyapkan’ Raja Abdullah Oleh Cucu Sendiri?

Kospirasi Pembunuhan Raja Abdullah

Agensi berita antarabangsa terkemuka, BBC News baru-baru ini melaporkan terdapat konspirasi untuk ‘melenyapkan’ mendiang Raja Abdullah pada tahun 2014 dan perkara tersebut telah didedahkan oleh salah seorang bekas pegawai risikan Arab Saudi dalam satu temubual eksklusif.

Menurut bekas pegawai risikan, Saad Al-Jabri, Mohammed Bin Salman (MBS) selaku Putera Mahkota kerajaan Arab Saudi ketika itu ada berniat jahat kepada Raja Abdullah yang merupakan datuknya sendiri.

Difahamkan, konspirasi untuk melenyapkan Raja Abdullah tersebut tak lain tak bukan untuk memberikan tahta kepada ayahnya iaitu Raja Salman, Raja Arab Saudi sekarang dan tambah Saad lagi, situasi dalam kalangan pemerintah agak tegang semasa proses penggantian pemerintah.

Al Jabri

Menerusi temubual sekitar 1 jam tersebut, Saad Al-Jabri turut melabelkan Putera Mahkota berkenaan sebagai seorang psikopat selain seorang pembunuh di Timur Tengah yang mempunyai sumber yang tidak terhingga. 

Dalam masa yang sama, Al-Jabri turut mengatakan bahawa Putera Mahkota berkenaan secara tak langung mampu menimbulkan ancaman kepada rakyat Arab Saudi, Amerika dan seluruh planet ini. 

“Pada tahun 2014, Mohammed Bin Salman ada beritahu sepupunya yang pembunuhan Raja Abdullah boleh diaturkan”

Menurut dakwaan Al-Jabri, MBS ada membeli sebuah cincin beracun dari Russia yang dikatakan akan digunakan untuk melakukan perbuatan tersebut.

“Saya mahu membunuh Raja Abdullah. Saya mendapat cincin racun dari Rusia. Cukuplah saya hanya bersalaman dengannya dan dia akan selesai”

Difahamkan, perkara tersebut kemudiannya telah dibicarakan dalam mahkamah diraja secara sulit namun Al-Jabri mendakwa dia ada merakam perbicaraan tersebut secara rahsia selain turut mengetahui lokasi video tersebut disimpan.

Untuk pengetahuan, Raja Abdullah mangkat pada tahun 2015 pada usia 90 tahun  dan digantikan oleh abang tirinya Raja Salman,yang ketika itu telah menamakan Mohammed bin Nayef sebagai putera mahkota.

Namun, pada 2017, Mohammed bin Nayef digantikan sebagai pewaris takhta oleh Mohammed bin Salman. Dia juga kehilangan peranannya sebagai menteri dalam negeri dan dilaporkan diletakkan di bawah tahanan rumah sebelum ditahan tahun lalu atas tuduhan yang tidak dinyatakan.

Al-Jabri kemudiannya difahamkan telah melarikan diri ke Canada setelah Nayef digulingkan selain mendakwa telah mendapat perkhabaran dari kawan-kawannya tentang sepasukan pembunuh upahan yang didakwa atas arahan Mohammed Bin Salman.

Al Jabry Cnn

Dalam masa yang sama, difahamkan Al-Jabri turut menuduh Putera Mahkota atas cubaan membunuh dalam saman sivil yang difailkan di mahkamah persekutuan AS dan dakwaan tersebut telah ditolak oleh Putera Mahkota berkenaan.

Difahamkan agensi berita BBC telah berjaya mendapatkan kenyataan rasmi daripada kedutaan Arab Saudi di Washington dan pihak kedutaan melabelkan Al-Jabri sebagai “bekas pegawai kerajaan yang mempunyai sejarah panjang dan diketahui sering mengada-adakan dan mencipta gangguan untuk menyembunyikan jenayah kewangan yang dilakukannya.

Baca : Kes Pembunuhan Wartawan, Jamal Khashoggi : Pelaku Bebas Dari Hukuman Mati! Ini Fakta Yang Korang Perlu Tahu

Kosnpirasi Pembunuhan Wartawan Turki

Sumber: BBC
Sumber: CNN