in

“Dia nak mai sekarang ka?” – Tertawa Dengar Pesanan Isteri, Gelagat Tun Dr Mahathir Dan Isteri Cute Sangat!

Tun M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Perdana Menteri ke-7 Tun Dr. Mahathir Mohamad telah ke Jepun bagi menghadiri Persidangan Nikkei serta bertemu rakan sejawatnya, Shinzo Abe.


Lawatan kerjanya ke sana juga ditemani isteri tersayang, Tun Dr. Siti Hasmah dan kumpulan media dari Malaysia.

“Dia nak mai sekarang ka?”

Dalan perkongsian di Facebook oleh salah seorang wartawan yang mengikuti rombongannya ke Tokyo, Prem Kumar Panjamorthy sempat share betapa cutenya pasangan ini.

Semasa sedang menjalankan satu temubual, Tun M berehat seketika sebelum didatangi pembantunya memberitahu isterinya nak jumpa.

“Dia nak mai sekarang ka?”

61760596 10213465392853532 8464839438961213440 O
sumber: facebook

Tun Dr. Siti yang bakal berumur 93 tahun terus meminta maaf kerana mengganggu sesi temubual yang sedang berlangsung.

Lepas tu mereka pun berbisik-bisik tapi Tun M tak dengar.

“Nanti tolong berehat selepas ni..”

Tun Dr. Siti yang dah duduk berdekatan terus tergelak-gelak kecil sebelum berkata,

“Saya nak berehat dalam bilik. Awak tu tak berehat lagi dari pagi. Jadi nanti tolong berehat selepas ni,”

61723339 10213465393333544 4505396375399170048 O
sumber: facebook

Kemudian dia pun berlalu pergi sambil sekali lagi memohon maaf kepada kumpulan media.

Sambil Tun Dr. Siti keluar tu, Tun M pun tengok je isterinya sambil tergelak-gelak kecil dengan pandangan penuh kasi sayang.

Ya Tuhan, kenapa cute sangat ni!

63 tahun kahwin, 71 tahun berkenalan

Inilah apa yang dikatakan relationship goals oleh orang zaman sekarang!

Bertemu sejak di universiti 71 tahun lalu, pasangan comel ini memang sentiasa menarik perhatian semua.

Tun M 3
sumber: instagram

Bukan sahaja bijak dan penyayang, pasangan ini masih setia berkasih sayang dan comel bersama walaupun usia perkahwinan dah menjangkau usia 63 tahun.

Tun M 2
sumber: wob

Tun Dr. Siti juga pernah berkata, Tun M tak pernah bincangkan hal kerja kalau mereka bersama sebab nak elakkan dia sakit atau rasa risau.

Sweet, kan? Semoga hubungan kita juga kekal bahagia dan dipanjangkan umur seperti mereka berdua ni.  

Baca: Ini Sebab Tun M dan Siti Hasmah Couple Favourite Ramai!

Comel

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.