Kerjaya sebagai seorang perompak sudah lama wujud di dunia ini. Tak kiralah rumah, kedai atau kenderaan, kesemuanya tidak terlepas daripada menjadi sasaran penjenayah jika mereka mempunyai sesuatu nilai.
Hari ini, min akan kongsikan lima kisah penjenayah yang terkenal di dunia.
1. Butch Cassidy
Dilahirkan pada 13 April 1886, Butch Cassidy atau nama kelahirannya, Robert LeRoy Parker merupakan ketua kumpulan Wild Bunch di Old Western, United States.
Sepanjang zaman kegemilangannya, Butch dan konco-konconya telah merompak banyak bank dan kereta api. Dianggarkan, bagi setiap rompakan yang berjaya, Butch dan kumpulannya akan mendapat habuan setengah juta dollar Amerika.
Walau bagaimanapun, Butch menembak dirinya sendiri pada tahun 1909 selepas dia dan kumpulannya dikepung polis.
2. Bonnie dan Clyde
Nama pasangan perompak yang juga merupakan pasangan kekasih ini sudah tidak asing lagi di Hollywood.
Pada tahun 1920-an sehingga 1930-an, Bonnie Elizabeth Parker dan pasangannya Clyde Chestnut Barrow telah menggembara ke serata Amerika Syarikat untuk merompak pelbagai bank. Tidak cukup dengan itu, pasangan kekasih ini juga telah membunuh kira-kira 13 orang sepanjang zaman jenayah mereka.
Siri jenayah yang dilakukan pasangan kekasih ini tamat pada tahun 1934 di Louisiana selepas kedua-duanya mati ditembak polis.
3. Jonathan Wild
Merupakan seorang master criminal dan ketua perompak, Jonathan Wild dilahirkan pada tahun 1682 di Wolverhampton, Staffordshire, England.
Selepas dia meninggalkan isteri dan anaknya pada usia 21 tahun, Jonathan memulakan hidup barunya sebagai seorang penjenayah. Dia dan kumpulannya telah merompak pelbagai bank pada tahun 1700-an.
Selain dari merompak, Jonathan turut membekalkan informasi kepada pihak polis untuk menangkap penjenayah-penjenayah lain. Ada yang berpendapat, Jonathan melakukan perkara ini kerana perompak-perompak lain ini tidak mendengar arahannya.
Selepas 15 tahun melakukan jenayah, Jonathan akhirnya ditangkap dan dihukum gantung sampai mati di Tyburn.
4. John Dillinger
Merupakan antara penjenayah yang sangat terkenal dalam sejarah Amerika, John Dillinger bersama kumpulannya, Dilinger Gang atau The Terror Gang telah berjaya merompak kira-kira 24 bank dan empat buah balai polis pada tahun 1933 sehingga 1934.
Malah, John juga pernah ditangkap dan dihumban ke dalam penjara sebanyak dua kali, namun, entah bagaimana dia berjaya meloloskan dirinya dalam dua insiden berasingan.
Dikenali oleh media sebagai Robinhood kerana karisma dan karakternya yang tidak mahu membunuh sesiapa, John, bagaimanapun, mati ditembak polis ketika cuba melarikan diri dari ditahan pada 22 Julai 1934 di Chicago, Illinois.
5. Baby Face Nelson
Lester M. Gillis atau lebih dikenali sebagai Baby Face Nelson kerana wajahnya yang awet muda memulakan karier jenayahnya seawal usia 14 tahun.
Sepanjang menjadi penjenayah, Baby Face Nelson pernah terlibat dalam pelbagai rompakan bank dan sudah biasa keluar masuk penjara. Malah, dia juga merupakan individu yang membantu John Dillinger untuk meloloskan diri dari tahanan polis.
Baby Face Nelson juga bertanggungjawab dalam pelbagai kes pembunuhan melibatkan ejen FBI dan orang awam.
Dia menemui ajal pada usia 25 tahun selepas terlibat dalam kejadian berbalas tembakan bersama ejen FBI pada tahun 1934. Peristiwa itu dikenali sebagai The Battle of Barrington.
Korang tahu mana-mana penjenayah terkenal yang boleh join senarai ni? Tinggalkan komen pada ruangan komen.
Sumber: Alder
Baca: John Wojtowicz: Kisah Lelaki Rompak Bank Sebab Nak Bayar Pembedahan Tukar Jantina Kekasih