in

John Wojtowicz: Kisah Lelaki Rompak Bank Sebab Nak Bayar Pembedahan Tukar Jantina Kekasih

Collage 20 E1607232234129

Korang pernah tak tengok filem klasik Dog Day Afternoon lakonan Al Pacino? Kalau korang nak tahu, filem ni diinspirasikan dari salah satu rompakan yang terkenal tau. Tapi, cerita sebenar dia lagi pelik dan dahsyat dari filem tu.

Rompakan ini dilakukan oleh John Wojtowicz pada tahun 1972 di New York dan ia merupakan salah satu rompakan bank yang popular dalam sejarah moden. Jom baca kisah penuh!

John Wojtowicz

05Thedog1 Articlelarge

Dilahirkan di New York City pada tahun 1945, John Wojtowicz hanyalah lelaki dengan kehidupan normal seperti orang lain. Selepas dia tamat sekolah, dia berkhidmat sebagai tentera dan berperang di Vietnam sebelum pulang dan bekerja di Chase Manhattan Bank.

Di sana, dia mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama Carmen Bifulco. Pasangan ini berkahwin pada 1967, tapi lelaki ni ada simpan satu rahsia besar dari isterinya itu.

Ketika John berkhidmat sebagai tentera, dia telah berjinak-jinak dengan hubungan sejenis semasa latihan tapi bila dia pulang dari Vietnam, dia telah menyembunyikan seksualiti dirinya dan struggle dengan trauma perang di Vietnam kerana dia satu-satunya orang yang terselamat selepas serangan roket di pangkalannya.

John tak tahan untuk terus tipu isterinya, Carmen dan mereka berpisah pada tahun 1969. Lelaki ini kemudiannya sertai Perikatan Gay Aktivis dan bertemu dengan Ernie Aron pada tahun 1971.

Ketika itu, Ernie Aron yang mahu dikenali sebagai seorang wanita dengan nama Liz Eden telah berkahwin dengan John dalam satu upacara perkahwinan tak rasmi (sebab masa ni, kahwin sesama jantina tak boleh lagi).

Dufltn3Wsaaxwq6

Liz dah lama berharap untuk buat pembedahan penukaran jantina, tapi idea ini tak dipersetujui oleh John sehinggalah Liz dimasukkan ke dalam hospital kerana cuba untuk membunuh diri.

Ketika inilah John sedar yang “isterinya” itu memerlukan pembedahan tersebut untuk keluar dari kemurungan. John kemudiannya membuat keputusan untuk membayar pembedahan itu dengan cara merompak bank.

Rompakan

Terlalu mengharapkan duit untuk membantu kekasih kesayangannya itu dapat pembedahan tukar jantina, John mula mengumpulkan sebuah pasukan yang akan membantu dia menjayakan rompakan.

Lelaki ini telah mengambil Bobby Westenberg dan Salvatore Naturale yang dia kenali dari gay bar untuk membantu dia melaksanakan rancangannya, namun ketiga-tiga mereka memang tak ada pengalaman merompak langsung.

Percubaan pertama

Pada 22 Ogos, trio ini telah memandu di sekitar New York bagi mencari bank untuk dirompak.

Bank pertama yang mereka masuk, salah seorang dari dorang terjatuhkan senapang sampai terlepas tembakan, tapi dorang dapat meloloskan diri.

Percubaan kedua

Bank kedua yang dorang pergi, Bobby pula terserempak dengan kawan ibunya, jadi dorang tak jadi nak teruskan rancangan dorang.

Lepas dua kali gagal, ketiga-tiga lelaki ini telah pergi menonton filem The Godfather dan akhirnya membuat keputusan untuk merompak Chase Bank di Brooklyn.

John Wojtowicz

Dorang masuk ke dalam bank tersebut dan berikan sekeping nota dengan tulisan “ini adalah tawaran yang anda tak boleh tolak.”

Nak dijadikan cerita, pada hari rompakan, peti besi di bank tersebut separuh kosong tapi dorang masih berjaya dapatkan wang tunai berjumlah USD38,000 dan cek pengembara berjumlah USD175,000 sebelum salah seorang pekerja membunyikan loceng kecemasan dan pihak polis tiba di lokasi kejadian.

Kerana dikepung, John dan kuncu-kuncunya telah menahan lapan orang tebusan di dalam bank selama 14 jam dalam usaha untuk menentang pihak polis.

Ketika ini, hampir 2,000 orang termasuk ejen FBI, polis, wartawan dan penembak tepat di atas bumbung termasuk ibu John telah berkumpul di luar bank bagi menyaksikan jenayah ini.

John yang bertindak sebagai ketua kumpulan sempat memesan pizza untuk orang tebusannya dan bayar menggunakan wang rompakan.

13 John Wojtowicz Story

Tak cukup dengan itu, John turut membaling sejumlah wang kepada penonton-penonton yang bersorak di luar. Malah, orang-orang tebusan yang ditahan mereka pun dah mula sukakan John.

Saya sedar yang dia peramah dan ada sebab kenapa dia rompak bank. Dia ingatkan dia hanya akan rompak dan terus keluar.”

Dalam tempoh 14 jam ini, salah seorang wartawan dari New York Daily, Robert Kappstatter dapat peluang keemasan menemubual secara eksklusif bila dia buat panggilan ke bank tersebut dan John sendiri yang angkat telefon.

Pertarungan antara ejen FBI dan perompak-perompak ini mula berakhir bila dorang setuju untuk hantar Salvatore dan John ke lapangan terbang (Bobby dah lama melarikan diri sebelum pihak polis sampai) dan beri penerbangan luar negara.

Namun ia hanyalah tipu helah FBI, ejen mereka telah menunggu di lapangan terbang dan sejurus sampai, Salvatore telah ditembak mati dan John telah ditahan.

Hukuman

Dog Jumbo

John telah dijatuhkan hukuman 20 tahun di penjara tapi dia hanya jalani hukuman tersebut selama lima tahun sebelum dibebaskan pada tahun 1978.

Selepas dibebaskan, John telah tinggal bersama ibunya di New York manakala Liz telah tinggalkan dia selepas berjumpa dengan lelaki lain sebelum meninggal kerana AIDS.

John pula menghabiskan hari-harinya di New York.dan pernah cuba untuk minta kerja di bank yang dia rompak atas alasan kalau dia yang jaga, tak ada orang lain akan berani rompak, namun tak diterima.

Unknown

John habiskan tahun-tahun terakhir kehidupannya dengan duit dari kebajikan sebelum meninggal kerana kanser pada tahun 2006.

Hm, penat-penat rompak untuk kekasih, last-last kena tinggal…

Sumber: ati

 

Baca: “Jangan terima kalau dapat duit ni” – Wanita Ini Kongsi Duit Ada Kesan ‘Ink’  Rupanya Hasil Rompakan Dari Mesin ATM

Screenshot 2020 08 13 At 12.20.03 Am

Sumber: Twitter
Sumber: ati
Sumber: LifeDaily
Sumber: Canada.com