in

“Dia ingat rumah kusyen ke main sambung-sambung” – Netizen Troll Pemilik Rumah Flat Ni Kerana Buat Renovation Paling Extreme!

Only In M

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kawasan rumah yang kecil sebenarnya tak menjadi masalah bagi seseorang untuk ubah suai rumahnya supaya kelihatan lebih luas dan menarik. Dengan daya kreatif interior designer atau pemilik rumah tu sendiri, rumah kecil sekangkang kera pun boleh nampak cantik dan besar macam banglo tau!


Kreatif tu memang lah kreatif tapi korang janganlah jadi macam tuan rumah flat yang admin nak tunjuk ni.

 

“Extreme Engineering. Only in Malaysia” 

Menerusi perkongsian di Twitter, pemilik rumah ni dilihat dah renovate kediamannya dengan cara yang agak merbahaya dan pelik. Korang tengoklah sendiri macam mana gayanya. Dah tak nampak macam rupa flat dah! 

Enjin 1
sumber: twitter

 

“Wei dia extend rumah PPR ke flat? Gila babi” 

Rata-rata netizen memang ‘kenot brain’ langsung bila tengok apa yang dilakukan tuan rumah. Satu, sebab design yang dorang renovate ni boleh mengundang bahaya. Dua, macam mana design macam ni boleh dapat kelulusan kontraktor dan lain-lain? Fishy betul!  

Bahayo
sumber: twitter

 

“Ni mesti jenis duduk PPR tapi drive Alphard ni”  

Perangai
sumber: twitter

Admin yakin sebaik saja posting ni viral di media sosial, pastinya pihak DBKL (kalau ini dibuat di KL) akan mengambil tindakan terhadap tuan rumah ini. Apa-apapun admin tak pasti sama ada gambar ni gambar lama dan mungkin pihak berwajib sudah mengambil tindakan terhadap tuan rumah terbabit.

Gais, kalau ye pun nak melawakan rumah… pastikan safety first ya! 

Baca: “Ditaja Persatuan Peniaga Pakaian Bundle Wakaf Che Yeh” – Photoshoot Mr Hero Kelantan Kena Troll Netizen

Yeh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.