in

“Datuk Vida calon yang sesuai” – Pemerhati Bola Sepak Syorkan DSV Untuk Beli UiTM FC Dan Kuala Lumpur

Bb 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida sebelum ini pernah menjadi penaja kepada pasukan bola Kelantan bagi siri Liga Malaysia pada tahun 2016.



Namun, perancangannya untuk membantu pasukan tersebut menjulang piala tersebut akhirnya menemui jalan buntu setelah terkandas di pusingan awal perlawanan.

Walau bagaimanapun, selepas tiga tahun, pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. itu sekali lagi menyatakan hasrat beliau untuk menaja beberapa pasukan yang berpotensi sekali gus menyaksikan dia akan membuat kemunculan semula dalam arena bola sepak.

B 5 2

Menerusi laporan Berita Harian, Datuk Seri Vida (DSV) dikatakan telah menukar strategi apabila mencari pasukan ‘underdog’ yang mampu untuk menunjukkan kemampuan dan menghasilkan kejutan bagi edisi kali ini.

Susulan penyataan itu, pemerhati bola sepak, Dr Zulakbal Ab Karim mencadangkan Datuk Seri Vida itu supaya mempertimbangkan pasukan UiTM FC dan Kuala Lumpur.

 

B1 2 5

Menurut beliau, kedua-dua pasukan ini bukan sahaja mampu mempamerkan prestasi yang cemerlang di atas padang, malah DSV dapat memanfaatkan peluang ini untuk mempromosikan produknya kepada peminat-peminat kelab ini yang kebanyakkannya terdiri daripada golongan muda.

“Bayangkan berapa banyak fakulti yang ada dan lebih 200,000 pelajar di seluruh negara, berapa besarkah peluang perniagaan dan kerjasama strategik yang boleh Vida dapat?”

 

Mungkin DSV lebih berhati-hati – Dr Zulakbal

Dr Zulakbal yang juga merupakan  Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berpendapat bahawa keputusan DSV untuk memilih kumpulan ‘underdog’ mungkin disebabkan kerana beliau telah mendapat pengajaran dari peristiwa terdahulu dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi edisi kali.

“Mungkin dulu dia tidak dapat mencapai apa yang dimahukan dan jika dia memegang pasukan kecil, mungkin tidak banyak campur tangan. Jadi dia boleh menyusun perancangannya dengan lebih baik”

B2 2 5

 

Jadi apa pendapat korang kalau Datuk Seri Vida taja UiTM FC dan Kuala Lumpur untuk musim ni?

 

Baca: Jutawan Sensasi, Aliff Syukri Nak Beli Skuad Helang Merah?

B3 5

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.