in

“Dahlah kena kompaun, kena pakai vest tulis Monyet.. haru!” – Semporna Bagi Hukuman ‘Special’ Kepada Mereka Yang Buang Sampah

Mon Mon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang pernah pergi Semporna, Sabah? Bagi mereka yang biasa travel ke sana, korang mesti tahu yang Semporna boleh dikira sebagai diving paradise lah bagi pelancong disebabkan keindahan lautnya yang sentiasa jernih dan membiru.


Disebabkan imej tersebut, kerajaan Sabah sentiasa berusaha untuk pastikan Semporna ni bersih dan dorang juga dah lancarkan satu inisiatif pada awal tahun baru ini. Tapi inisiatif ni mungkin akan buat mereka yang suka buang sampah tu taubat habis lah! 

 

Bayar RM500 atau pakai vest bertulisan ‘MONYET’!

Mulai 1 Januari 2019 ini, mereka yang membuang sampah sesuka hati akan dikenakan kompaun sebanyak RM500 atau dipaksa memungut sampah dibawah arahan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurut WORLD OF BUZZ, kalau korang ingat dengan memungut sampah dalam tempoh sejam tu perkara mudah, well korang kena fikir balik semula sebab pihak berwajib akan suruh korang pakai vest special yang bertulis ‘MONYET’ kat belakang. Alamak! 

Litterbugs At Semporna Punished With Monkey Vest And Forced To Clean Up World Of Buzz
sumber: facebook

Kenapa MONYET? Haa sebab kat satu papan tanda di Semporna ni ada tulis ‘Hanya monyet yang boleh buang sampah sembarangan’ bukannya manusia! Aduhhh… kena setepek kat diri sendiri. 

Litterbugs At Semporna Punished With Monkey Vest And Forced To Clean Up World Of Buzz 2
sumber: facebook

 

Bagi pilihan suruh bayar atau pakai vest, ramai pilih pakai vest ‘MONYET’ 

Pada 5 Januari lalu, pihak polis berjaya menangkap lebih kurang 5 orang pembuang sampah yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan warganegara asing. Ketua Polis Daerah Semporna Bianus Kontong berkata, “Kami beri mereka pilihan untuk bayar RM500 atau buat servis komuniti selama sejam.”

Tetapi… mereka kebanyakannya pilih untuk buat servis komuniti sebab tak ada duit nak bayar kompaun. Jadi apa lagi semua pakat pakai vest ‘MONYET’ lah.

You Can Be Punished With A Monkey Vest And Forced To Clean Up If You Litter In Semporna World Of Buzz 2

You Can Be Punished With A Monkey Vest And Forced To Clean Up If You Litter In Semporna World Of Buzz 3

You Can Be Punished With A Monkey Vest And Forced To Clean Up If You Litter In Semporna World Of Buzz 4
sumber: facebook

Menurut Bianus, kempen ini sedikit sebanyak meningkatkan kesedaran di kalangan orang awam akan pentingnya menjaga kebersihan dan jangan buang sampah merata-rata tempat.

Sehubungan dengan ni, lebih banyak kawasan yang buat operasi gotong-royong setiap hari Ahad untuk pastikan bandar mereka sentiasa kelihatan bersih.

Keep up the good work orang Semporna! 

Baca: Pakcik Kentang Offer Bantu Orang Sabah Sarawak Sakit Kanser

Kuan Chee Heng 758X400 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.