in

“Cepat betul sold out”- Penangan Tweet Khairulaming, Jualan ‘Scone’ Peniaga Kecil Ini Raih Lebih RM 17 Ribu Dalam Masa 5 Jam

Cats 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal personaliti media sosial yang terkenal dengan tagline ‘Hey What’s Up Guys’, iaitu Khairualming yang selalu muat naik video resepi memasaknya.


Dia juga terkenal dengan produk jualan sambal Nyet yang menjadi kegilaan ramai orang siap ada yang mengadu asyik tak sempat nak beli. Dengan jutaan followers di media sosial, tak hairanlah segala apa yang dijualnya laku keras dalam masa yang singkat.

Baru-baru ini, dia telah membantu peniaga kecil menghabiskan jualan mereka dalam masa yang singkat dengan hanya muat naik satu tweet sahaja.

 

Kagum dengan rasa scone beli dekat Shopee

Baru-baru ini, Khairulaming ada muat naik satu tweet di Twitter tentang dia review scone bersama  jem strawberi yang dia beli melalui Shopee. Pada awalnya, dia agak ‘curious’ macam mana nak pos scone itu kepada pelanggan yang jauh.

“And i was curious boleh ke ship online.”

So, dia pun beli scone itu di Shopee dan dia sendiri pun kagum dengan rasa scone itu yang sedap serta packaging yang sangat baik.

“Rasa fresh, sedap and packaging tiptop. Texture dia lembut sikit compared to normal scones.”

Cats 23

 

Cepat betul sold out

Selepas tweet itu dimuat naik, pasangan suami isteri yang dikenali sebagi Zakri dan Aishah dapat order tak putus-putus sampai sold out dekat Shopee. Sebanyak 3,800 biji scones terjual dalam masa 5 jam yang bersamaan dengan RM17,500. Wow amazing!

“Sesiapa lagi peniaga kecil yang jual makanan atas talian, boleh kongsi link di bawah. Saya akan beli dan tolong promosikan.”

https://twitter.com/khairulaming/status/1400345211511869441

E28Gi5Yvgaizfrs

Siap video call untuk bimbing peniaga kecil

Bukan itu sahaja, Khairulaming berkesempatan untk video call pasangan tersebut untuk bimbing mereka supaya tak lakukan kesilapan yang sama yang pernah dia buat sebelum ini

“I think they can manage order semalam tapi agak challenging juga sebab diorang cuma berdua. Tapi, Inshaa Allah semuanya ok.”

E28Gi5Yvoaur9Em

Ni baru betul influencer sebab dia gunakan kelebihan dia untuk tolong orang lain. Mantap la Khairulaming!

 

Sumber: Khairulaming

Baca:”Inilah influencer sebenar”- Khairulaming Guna Pengaruh di Media Sosial, Bantu Peniaga Kecil ‘Promote’ Produk

Capture 13

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.