in

“Inilah influencer sebenar” – Khairulaming Guna Pengaruh di Media Sosial, Bantu Peniaga Kecil ‘Promote’ Produk

Ft Mingming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika sebelum ini, Khairulaming dipuji kerana menggunakan pengaruhnya untuk menggalakkan orang mendaftar suntikan vaksin terutamanya golongan warga emas, kali ini sekali lagi dia mendapat perhatian.


Melalui Twitter, selebriti media sosial itu menggunakan pengaruh dimiliknya untuk membantu orang ramai memandangkan kita semua akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.

Menerusi posting itu, dia tampil untuk mengajak peniaga kecil-kecilan untuk mempromosikan produk masing-masing di thread yang disediakannya. Bukan itu saja, Khairulaming turut memudahkan orang ramai yang nak scroll dan tengok produk dicari dengan mengasingkan mengikut daerah.

Nasi

Roti

Thread bisnes makanan untuk KL dan Selangor. Feel free to promote your food business kat setiap daerah yg dibahagikan kat bawah.

Nanti mudah untuk orang cari kat daerah masing-masing hehe. Ayuh support small businesses!”

Ramai peniaga mengambil peluang itu dengan berkongsi apa yang dijual oleh mereka memandangkan Khairulaming mempunyai 796,500 pengikut di Twitter, jadi memang ramailah potential buyers.

Malah ada ramai yang bukan dari kawasan Selangor mahu pun Kuala Lumpur turut mencuba nasib mereka dengan mempromosikan produk masing-masing.

Pavlo

Usaha sebegini memang seharusnya kita puji dan sokong terutamanya ketika keadaan ekonomi tengah tak tentu disebabkan pandemik Covid-19. Memang seeloknya kita bantu peniaga lokal kecil-kecilan dan kalau korang nak join untuk support, bolehlah scroll thread Khairulaming ni.

 

Baca: “Tunjuk ni dekat mak ayah korang”- Khairulaming Repost Ig Stories Ibu Bapa Ambil Vaksin, Nak Galakkan Ramai Orang Mendaftar

Cats 89

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.