in

Catch Me If You Can: Adaptasi Kisah Benar Penjenayah Paling Licik Dalam Sejarah, Frank Abagnale Jr.

Ft Abagnale E1608357923783

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau disebut nama Frank William Abagnale, mesti ada yang ingat tak ingat kan? Macam mana pulak dengan Catch Me If You Can.


Filem tersebut yang telah ditayangkan pada tahun 2002 mengisahkan kehidupan seorang remaja setelah ibu bapanya bercerai.

Kisah yang mengambil tempat pada era 1960-an itu sebenarnya diadaptasi daripada kisah sebenar iaitu Frank William Abagnale Jr.

Kehidupan awalnya

Dilahirkan pada 27 April, 1948, Frank diberi nama bersempena nama bapanya, Frank Sr.

Sedikit berbeza daripada filem yang ditayangkan, Frank sebenarnya bukanlah anak tunggal tapi merupakan anak ketiga daripada 4 adik-beradik.

Mereka boleh dikatakan sebagai keluarga yang berkemampuan kerana bapanya memiliki perniagaan alat tulisnya sendiri.

Kehancuran Keluarga

Berbeza dengan adik-beradiknya lain,Frank memilih untuk tinggal bersama bapanya setelah penceraian kedua orang tuanya.

Frank banyak menghabiskan masa di bar sekitar New York semasa menunggu bapanya berurusan dengan ahli politik dan ahli perniagaan di sana.

Disitulah Frank mula mengenali selok-belok kotaraya New York dan  bertemu dengan rakan-rakan yang senasib dengannya.

Bagi mengisi kekosongan yang dirasainya, Frank mula ponteng sekolah, dan ‘melepak’ bersama rakan-rakan barunya itu.

Kesannya dia mula terlibat dengan jenayah-jenayah kecil seperti menyelinap masuk ke dalam panggung serta mencuri gula-gula.

Namun dia mula bosan dengan kegiatan jenayahnya kecil dan menyertai rakannya untuk melakukan jenayah lebih berat.

Nasib malang bagi Frank, akhirnya dia ditangkap dan diletakkan sebagai tahanan juvana.

Menggunakan pengaruh yang ada pada bapanya Frank berjaya dibebaskan, dan segala rekod jenayah lampau Frank turut dipadam.

Susulan kejadian itu, bapanya, Frank Sr mula menasihati Frank dengan menyuruh dia untuk bersikap lebih matang dan usaha bapanya membuahkan hasil.

Capture 2

Keinsafan Sementara

Walaupun sudah niat untuk berubah, ternyata Frank susah untuk tinggalkan tabiat lamanya.

Tetapi kali ni mangsanya ialah Frank Sr, bapanya sendiri.

Frank berjaya  meyakinkan bapanya untuk memberikan kad kredit kepadanya untuk digunakan bagi mengisi minyak kereta, tapi Frank ni panjang akal.

Dia gunakan kad kredit itu untuk membeli tayar dan bateri kereta.

Barang yang diperolehi itu tidak digunakan, sebaliknya dia decide untuk jual semula untuk mendapatkan wang hasil jualan itu.

Harga barangan yang dibeli itu telah dikreditkan ke akaun kad kredit milik bapanya.

Dengan ini menjadikan bapanya adalah mangsa pemalsuan dia yang pertama.

Penipuan Bank

Akibat desakan hidup, Frank mula melakukan pemalsuan cek di beberapa bank.

Dia membuka akaun yang berbeza menggunakan pelbagai identiti diri yang berlainan.

Selain itu, Frank turut menulis cek daripada pelbagai akaun, namun tiada satu pun akaunnya mempunyai wang.

Frank juga mempunyai kebolehan untuk menghasilkan cek palsu. Ketelitian dia dalam menghasilkan cek menyebabkan pihak bank sukar mengenalpasti kesahihan cek tersebut.

Menggunakan cek palsu yang telah ‘diy’ sendiri, Frank kemudiannya mendepositkan jumlah yang dia kehendaki kedalam beberapa akaun miliknya.

Start daripada itulah, Frank mula ‘menerima’ gaji.

Hebat betul sampai pihak bank pun tak perasan!

Capture 1 2 1

Pengawal Keselamatan

Kelicikan Frank ini juga berterusan apabila dia menyamar sebagai pengawal keselamatan di lapangan terbang.

Frank sedar akan kewujudan perkhidmatan ‘drop-box’ iaitu servis pengumpulan wang yang digunakan oleh syarikat penerbangan dan syarikat kereta sewa bagi memasukkan wang kutipan harian mereka.

Jadi berbekalkan baju yang dibelinya, Frank menyamar sebagai pengawal bertugas.

Frank meletakkan notis bahawa perkhidmatan ‘drop box’ tergendala menyebabkan wang perlu diserahkan kepada pengawal keselamatan yang bertugas.

Tanpa berfikir panjang, syarikat-syarikat ni menyerahkan kutipan wang tersebut kepada Frank.

Senang-senang je dapat duit…

Juruterbang Pan Am

Bagi yang dah tengok filem ni, mesti familiar dengan scene penyaramaran Leonardo DiCaprio sebagai pilot.

Walaupun trick ni berisiko tinggi tapi, sekalipun penyamaran Frank tidak terkantoi.

Kali ini Frank memalsukan sijil penerbangannya dan berjaya menjadi juruterbang bagi syarikat Pan American World Airways.

Memiliki tubuh yang besar dan kelihatan matang, siapa sangka Frank hanyalah remaja yang berusia 16 tahun ketika itu.

Muslihat Frank berterusan sehingga dia berusia 18 tahun dan dalam jangka masa dua tahun dia telah terbang ke 26 buah negara.

Sepanjang dua tahun ‘kerjanya’ sebagai juruterbang, Frank tidak pernah memandu mana-mana pesawat kecuali dalam satui insiden dia ditawarkan berkali-kali untuk memandu oleh juruterbang yang sebenar, dia akhirnya menggunakan mod autopilot.

‘Kerjanya’ sebagai juruterbang membolehkan Frank menikmati segala kelebihan yang ditawarkan seperti penginapan hotel dan makanan percuma yang dibayar oleh syarikat penerbanganya.

Capture 2 1

Doktor Penyelia

Apabila ‘kerjaya’ juruterbangnya mula dihidu, Frank berpindah kepada kerjaya yang lain.

Di Geogia, Frank menggunakan nama Frank William dan menyamar sebagai doktor pediatrik.

Frank memegang jawatan doktor penyelia kepada doktor-doktor pelatih kerana tiada siapa berminat untuk memegang jawatan tersebut.

Jawatan yang disandang itu menjadikan dia supervisor kepada 8 doktor pelatih dan 40 jururawat.

Betul-betul meyakinkan penyamaran dia ni!

Capture 3 1

Namun akhirnya Frank sedar akan tanggungjawab yang perlu ditanggung dan mengambil keputusan untuk undur diri apabila dia hampir terkantoi.

Jururawat menggunakan istilah ‘baby blue’ untuk merujuk kepada bayi yang kekurangan oksigen dan kerana tidak faham maksud istilah itu, nyawa bayi tersebut hampir hilang ditangannya.

Akhirnya, Frank resign sebagai doktor. Wah, senang macam tu je kan!

Peguam

Selepas tamat ‘kerjaya’ doktornya, Frank berpindah pula ke Atlanta, dan bertemu dengan bekas kekasihnya sewaktu dia bekerja sebagai juruterbang.

Teringat akan sejarah pendidikan Frank yang merupakan ‘graduan’ daripada Harvard Law School, wanita itu memperkenalkan Frank kepada rakannya, seorang peguam.

Frank ditawarkan jawatan tersebut kerana firma memerlukan lebih ramai peguam pada masa itu.

Untuk melayakkan dia sebagai peguam, Frank terpaksa mengambil tiga kali ujian bar dimana dua daripadanya gagal.

Hasilnya, Frank diterima masuk tetapi kerjaya kali ini tidaklah sehebat kerjaya-kerjayanya sebelum ini kerana disini Frank hanyalah dianggap sebagai budak suruhan.

Namun Frank selesa dengan tugasannya dan mula berkenalan dengan seorang gadis bernama Gloria.

Capture 4

Perkenalannya dengan Gloria yang juga merupakan penganut agama yang ‘warak’ menyebabkan Frank menyertai jawatankuasa gereja.

Disini permasalahan mula timbul apabila ahli seorang jawatankuasa gereja merupakan graduan Harvard yang sebenar.

Risau akan identitinya diketahui, Frank sekali lagi mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya.

Banduan Juga Akhirnya 

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga…

Setelah tujuh tahun bergiat terlibat dalam kancah jenayah, akhirnya Frank ditangkap pada usia 21 tahun.

Frank dikenakan hukuman selama satu tahun di Penjara Perpignan, Perancis.

Namun setelah dibicarakan, hukuman Frank dikurangkan kepada 6 bulan.

Tidak tamat disitu, Frank dijatuhkan hukuman 6 bulan di Sweden atas kesalahan penipuan dan penyelewengan, dan akhirnya apabila dihantar pulang ke Amerika Syarikat, Frank dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara pula. 

Banyaknya pula hukuman dia kena lalui…

Ketika dalam tahanan Frank cuba untuk melarikan diri daripada pengawai polis, namun kedua-duanya gagal.

Akhirnya Frank dibebaskan selepas menjalani 5 tahun penjara dengan syarat dia harus bekerja dengan kerajaan tanpa gaji.

Kepakarannya digunakan untuk mengenalpasti penjenayah yang melakukan kesalahan sepertinya dahulu.

Selepas tamat tempohnya sebagai tahanan, Frank menghadapi kesukaran untuk mencari kerja kerana sejarah lampaunya.

Dia akhirnya memohon untuk bekerja dengan pihak bank dengan menggunakan kepakaran yang ada pada dirinya.

Kini Frank mempunyai syarikat perunding keselamatan kewangan, Abagnale & Associates dengan kekayaan yang dianggarkan melebihi RM42.8 juta.

Walaupun pengakhirannya Frank berjaya, jangan pula ada yang nak cuba, pengakhiran kita mungkin lain sikit…

Sumber biographics

Baca : Perangkap Si Tampan! Ini Kisah 4 Pembunuh Bersiri Yang Gunakan Wajah Untuk Perangkap Mangsa

Ft Bunuh 1

 

 

Sumber: biographics
Sumber: biographics
Sumber: biographics
Sumber: biographics

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.