in

Terpalit Kes 1MDB, Pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio Disiasat FBI

1Leo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon terkenal Hollywood, Leonardo DiCaprio telah dipanggil Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Screenshot 2023 03 04 At 11.36.34 Am

Butiran baharu telah muncul mengenai hubungan DiCaprio dengan Jho Low, yang kini menjadi buruan pihak berkuasa antarabangsa dengan kaitan salah satu skandal rasuah terbesar di dunia.

Memetik laporan The Guardian, sumber dari Bloomberg mendedahkan butiran yang tidak didedahkan sebelum ini daripada dokumen FBI di mana pihak berkuasa telah menemubual DiCaprio pada 2018 mengenai hubungannya dengan Low.

DiCaprio bertemu Low di sebuah kelab malam pada 2010 dan terus menjalinkan hubungan rapat, menurut laporan itu. DiCaprio turut mengakui telah bertemu Low beberapa kali atas hubungan perniagaan dan sosial.

Screenshot 2023 03 04 At 11.37.30 Am

Selain Low membiayai filem The Wolf of Wall Street yang dicalonkan untuk Oscar 2013, yang dibintangi DiCaprio, Low turut menghadiahkan DiCaprio dengan pelbagai hadiah mewah. Antaranya ialah patung Oscar Marlon Brandon serta lukisan Jean-Michel Basquiat.

Menurut laporan New York Times pada tahun 2018, DiCaprio telah mengembalikan hadiah tersebut kepada pihak berkuasa berikutan siasatan terhadap dakwaan Low menyedut berbilion dolar daripada dana Malaysia.

Screenshot 2023 03 04 At 11.39.02 Am

Laporan Bloomberg juga mendedahkan butiran daripada wawancara FBI dengan Kim Kardashian mengenai interaksinya dengan Low. Kardashian menceritakan kepada penyiasat bahawa dia pernah berjaga sehingga jam 5 pagi di kasino Las Vegas dengan Low, di mana dia menolak percubaannya untuk mengembalikan kemenangan wang taruhan judi.

 

Baca: [TERKINI] Najib & Arul Kanda Bebas Kes Tuduhan Pinda Laporan Audit 1MDB

Screenshot 2023 03 04 At 11.41.51 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.