in

Perangkap Si Tampan! Ini Kisah 4 Pembunuh Bersiri Yang Gunakan Wajah Untuk Perangkap Mangsa

Ft Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wajah yang menarik masih lagi menjadi kayu ukur untuk menilai seseorang. First impression is always the right one kata Hunter S. Thompson, tapi betul ke?

Kerana first impression ini, ramai yang menjadi mangsa kepada pembunuh bersiri ini.


Terbaru kisah anak jutawan dari Negara Gajah Putih, terlibat dengan pembunuh kejam terhadap kekasihnya

Kekejaman Apichai Ongwisit, 40 terbongkar apabila pekerja terlihat Apichai membunuh kekasihnya yang berumur 22 tahun dikenali sebagai Waringthorn Chaiyachet. 

Susulan itu, siasatan polis menemui hampir 300 tulang di dalam kolam di belakang rumahnya. 

 

Pihak polis percaya ini bukan kes yang pertama sebaliknya mereka beranggapan Apichai yang mempunyai wajah yang tampan telah membunuh lebih ramai wanita.

Kisah pembunuhan oleh pembunuh berwajah tampan bukan sesuatu yang baru. Terdapat lebih banyak fail pembunuhan yang menggunakan rupa paras yang kacak sebagai umpan terhadap mangsa-mangsanya.

 

Ted Bundy

Kisahnya tidak asing lagi kalangan peminat siri pembunuhan. Kekejamannya turut dijadikan filem dengan wataknya dipegang oleh Zac Efron.

Nampak tak betapa handsomenya penjenayah tu

Modus operandi :

Berbekalkan wajah yang tampan Theodore Rubert Bundy atau lebih dikenali sebagai Ted Bundy memulakan misinya dengan membalut tangannya seolah-olah dia cedera.

Ted kemudiaanya meminta “pertolongan” daripada mangsanya untuk mengangkat barangan ataupun buku ke dalam kereta miliknya.

Ted

Selepas dia dapat pancing mangsanya, mereka dibawa ke belakang kereta untuk meletakkan barang. Bila mereka dah ada dekat belakang kereta, Ted akan memukul mangsanya sehingga pengsan.

Mangsa yang pengsan dibawa ke lokasi tersembunyi lalu dirogol sebelum dibunuh.

Mayat-mayat mangsa terdiri daripada Nancy Wilcox, Roberta Parks, Brenda Ball, Kimberly Reach, Katherine Devine dan ramai lagi mangsa lelaki berasal dari Vermont kemudiannya akan dibawa ke dalam hutan yang jarang dikunjungi orang.

Lebih mengerikan ialah, kadang-kadang Ted ni pergi semula ke dalam hutan untuk merogol mayat mangsanya walaupun dah reput. Gila apa!

Ted ni punyalah pelik sampai kadang-kadang ada mangsa terpilih untuk dia bawa pulang tengkorak tu dan tidur bersamanya.

Pembunuh yang cekap

Bayangkan dalam tempoh enam bulan  je, enam gadis dilaporkan hilang di sekitar Oregon dan Washington. Kehilangan tu menimbulkan ketakutan bagi wanita di Utah, Seattle, Oregon dan Washington.

Kekejaman ted berterusan dari tahun 1974 hingga 1978 walaupun dia berjaya ditahan pada 1975 ketika sedang memandu di Salt Lake City.

Masa kena tangkap tu polis jumpa  gari, topeng, tali dan beberapa barang lain dalam keretanya.

Namun pada tahun 1977 Ted berjaya melarikan diri dari penjara ketika perbicaraannya sedang berlangsung di Aspen, Colorado.

Lepas beberapa minggu kena tangkap, Ted sekali lagi melarikan diri dan melakukan pembunuhan semula.

Tapi last-last Ted mengaku bersalah diatas pertuduhan membunuh 30 wanita dan dia dihukum mati menggunakan kerusi elektrik pada 24 Januari 1989.

 

Paul John Knowles

Selain Ted, Paul John Knowled turut menggunakan paras rupa yang kacak untuk memerangkap mangsa.

Dituduh melakukan jenayah yang sama, pembunuh yang dikenali dengan gelaran The Casanova Killers ini telah menyebabkan 35 kematian. 

Pembunuhannya bermula apabila dia putus cinta dengan kekasih hatinya Angela Covic.

Pada malam tersebut Paul telah menyebabkan 3 kematian di San Francisco, Amerika Syarikat.    Tahu la sedih tapi tak kan la sampai bunuh orang?

John

Selepas pembunuhan pertamanya, Paul mula mencari lebih ramai mangsa. Bayangkan dalam masa empat bulan Paul telah membunuh 18 orang. Kering sangat hati dia ni

Kekejaman lelaki yang berasal daripada Orlando ni tak dapat disangkal lagi apabila ada diantara mangsanya yang ditembak, kena bunuh masa bersiar-siar dan sama macam kes Ted, mangsanya turut dirogol.

Punyalah good looking Paul ni sampai polis tak sangka dia ni pembunuh sampailah waktu dia kena tangkap.

Selain itu, pembunuhannya tidak tetap di satu tempat, jadi polis tak pasti sempadan kes dan dengan siapa polis tengah deal masa tu. Perogol ke pembunuh ke lelaki bersenjata ke. Polis pon tak pasti.

Paul ni memang tak ada hati perut sebab antara 20 mangsa yang ditemui tiga daripadanya ialah kanak-kanak dan tiga ialah orang tua.

Akhirnya pada tanggal 18 Disember 1974,  Paul ditembak mati oleh polis yang ditugaskan untuk membawanya ke Georgia.  Paul dalam keadaan bergari cuba untuk merampas pistol milik Sherif Earl Lee.

 

Richard Ramirez

Pembunuhan pertamanya dilakukan seawal usia 24 tahun.

Richard Ramirez yang lahir pada 28 Februari 1960 di Texas membesar dengan persekitaran yang penuh dengan masalah. Tapi itu bukan alasan untuk buat hidup orang jadi bermasalah kan?

Antara beberapa mangsanya ialah seorang warga emas Jennie Vincow yang berusia 79 tahun ketika itu. 

Richard telah masuk ke dalam rumahnya untuk merompak tapi dalam mangsa turut diserang secara seksual, ditikam dan dibunuh dengan kejam. 

Mmm

Serangan seterusnya berlaku beberapa bulan selepas itu terhadap Maria Hernandez, namun mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Tidak berpuas hati dengan kejadian itu, Richard kemudiaanya membunuh rakan sebilik Maria yang dikenali sebagai Dayle Okazaki.

Dendam Richard tak surut juga. Selepas membunuh Dayle, petang yang sama Richard bunuh seorang lagi mangsa dikenali sebagai Tsai Lian Yu.

Tak pasal-pasal kena bunuh, dah la tak ada kena mengena langsung

Kekejaman Richard tak berhenti di situ. 10 hari lepas tu dia membunuh Vincent Zazzara, 64 serta turut mengorek mata mangsa sebelum melakukan serangan seksual terhadap isteri mangsa. Isteri mangsa kemudiannya ditikam sehingga mati.

Pada 31 Ogos 1985, Richard ditangkap setelah cedera dipukul oleh orang awam dalam cubaannya untuk mencuri kereta.

Selepas didakwa, Richard disabitkan bersalah terhadap 43 pertuduhan termasuk 13 kes bunuh lima cubaan bunuh dan 11 serangan seksual.

Dengan tuduhan yang banyak macam ni pun, masih ada orang yang minat Richard.

Peminatnya Doreen Lioy menghantar 75 pucuk surat sepanjang tempoh Richarad, dan akhirnya mereka berkahwin pada 1996 di California’s San Quentin State Prison.

Akhirnya Richard meninggal dunia pada 7 Jun 2013 ketika berumur 53 tahun akibat komplikasi penyakit.

 

Charles Sobhraj

Memiliki paras yang menarik Charles Sobhraj yang dilahirkan di Vietnam telah menyebabkan 24 kematian.

Kesnya mendapat perhatian apabila pembunuhannya menyebabkan 10 nyawa terkorban di gunung di sekitar Thailand, Nepal dan India.

Charles kebiasaanya akan memberi dadah kepada mangsa sebelum membawa mangsa jauh ke kawasan luar bandar.

Antara kerja gila yang dilakukan oleh Charles adalah membuatkan mangsanya sakit menggunakan apa saja bahan dan kemudian dia akan mencekik, memotong mangsanya dengan pisau, menembak mereka dan kemudian akan merosakkan mayat mangsanya.

Charles

Kekejaman Charles turut berlarutan hingga beberapa hari sebelum Krismas menyebabkan seorang rakyat Kanada Laurent Carriere dan warga Amerika Syarikat, Connie Bronzick pula menjadi mangsa pembunuh itu.

Mayat mereka dijumpai dalam keadaa rentung di Kathmandu, Nepal.

Meskipun melakukan banyak pembunuhan, hukuman yang dikenakan ke atas Sobhraj tidaklah begitu berat.

Pada 17 Februari 1997, dia dibebaskan dari penjara di India dan pulang ke Perancis. Begitupun, lima tahun lepas dia dikesan berada di Kathmandu.

Dia ditahan dua hari kemudian dan dituduh melakukan beberapa siri pembunuhan. Sobhraj kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Sumber Sinar Harian

 

Baca : Kes Pembunuhan Wartawan, Jamal Khashoggi : Pelaku Bebas Dari Hukuman Mati! Ini Fakta Yang Korang Perlu Tahu

Capture 55

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.