Korang dah tengok belum Avengers: Endgame? Kalau belum, pegi tengok cepat sebelum akan ada orang yang tak bertanggungjawab spoil-kan untuk korang.

Seperti yang sedia maklum dalam Avengers: Infinity War, waktu antagonis dalam filem tu dan melakukan suatu perkara yang sangat dahsyat. Thanos, makhluk asing yang berkeinginan untuk mewujudkan a whole new world, telah ‘snap‘ jarinya langsung melenyapkan 50% makhluk di dunia ini.

Tapi kali ni bukan kami nak review filem atau nak cerita pasal Thanos. Kami nak share ‘Easter Egg‘ yang Google keluarkan istimewa untuk peminat filem-filem Marvel.
‘Snap’
Apa yang anda perlu buat adalah, Google je nama Thanos di enjin carian anda tak kisahlah samada guna PC, laptop, atau smartphone korang.
Lepas dah Google tu, korang klik ‘gauntlet‘ atau sarung tangan Thanos tu. Lepas tu korang tengok lah apa jadi kat Thanos dan Google korang.
Kalau korang perasan, dengan kuasa ‘Infinity Stones‘ tu, bukan setakat makhluk lenyap, tapi result carian google pun berkurang dari 90,700,000 menurun kepada 45,350,000 hanya dalam 0.44 saat.

Untuk kembali ke normal, korang klik semula ‘gauntlet‘ Thanos tu.
Weehh Jakun jap!! Hahahahah
Credit : @cringemalaysian pic.twitter.com/ESpASjiN47
— Lobak Merah ? (@LobakMerahMY) April 26, 2019
Kami dah try. Korang bila lagi?
Haa, apa lagi tunggu, cepat lah pergi tengok Avengers: Endgame tu. Nanti ada orang share spoiler baru kau tahu. Cepat!