in

Budak Law Sekarang Rasa Dia Je Yang Betul?

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kata ilmu tu kita boleh tuntut sampai bila-bila. Tak kira dah tua ke, muda ke. Ilmu tu penting dan bila dah dapat ilmu tu jangan la pula berlagak pandai…


Baru-baru ni heboh dengan isu tentang isu perkahwinan kanak-kanak mengikut perspektif syariah Islam dan sudah pasti mufti-mufti di negara ni semua dah menjalankan tugas masing-masing untuk selesaikan isu ni.

Capture 20180923 121555
Sumber: Twitter

Dikomen pelajar jurusan undang-undang

Terselit juga, isu yang dimuat naik tweet tentang  ‘Hukum Makan Zirafah’ oleh seorang Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakr di akaun Twitternya baru baru ini telah dikomen oleh seorang pelajar jurusan perundangan di universiti awam.

“So they are more concerned about eating a giraffe rather than saving minors from being contracted into a marriage” tweet yang dibalas oleh pelajar tersebut ditweet mufti tentang ‘Hukum Makan Zirafah’. Dia mengatakan yang mufti ni lebih kisah pasal isu yang tak penting berbanding isu kanak-kanak bawah umur yang dikahwinkan.

Balas tweet dan bagi link berkaitan isu perkahwinan kanak-kanak

Sedangkan tweet sebelum ni mufti tu dah post tentang isu perkahwinan kanak-kanak tu, surat khabar pun ada tulis tentang isu yang dibincangkan oleh mufti. Menurutnya lagi, pihak Mufti Wilayah juga ada post di Instagram dan Facebook mereka dan dekat web page mufti sendiri ada artikel tentang isu tentang ni.

Mufti tersebut turut membalas tweet yang diajukan kepadanya itu dan memberi segala link berkaitan isu perkahwinan kanak-kanak yang hangat diperkatakan sekarang.

Capture 20180923 121359
Sumber: Twitter

Haaa… Kan dah malu… Sebelum tweet atau nak cakap apa-apa, siasat dulu. Bukan main sembur je.

Lagi-lagi isu yang macam ni dan anda sebagai seorang pelajar jurusan undang-undang mesti dah siasat dulu atau paling tak pun cakap tu jangan macam dah pandai sangat. Isu yang jadi ni sehinggakan netizen mengecam budak jurusan perundangan tu dan merasakan semua budak jurusan perundagan je yang betul.

Kita dah belajar pandai-pandai mesti cakap pun kena la ada gaya macam orang yang pandai. Sebelum cakap siasat dulu baru, tweet ye!

Baca: Lagi Kes Kahwin Bawah Umur Di Kelantan!

Page 4 4 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.