Budak Berusia 5 Tahun Parah Dilanggar Van Sekolah, Buah Pinggang Dan Paru-paru Rosak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Hati ibu bapa mana yang tak hancur luluh apabila melihat anak yang baru berusia lima tahun terlantar sakit di hospital akibat kemalangan. Bagi ibu bapa kepada si comel, Hani Aufa Mohd Sapizee, mereka menganggap ini semua sudah ketentuan Illahi.

Detik hitam yang menimpa anak mereka yang baru memasuki tadika itu terjadi apabila budak perempuan tersebut dilanggar van sekolah yang dinaikinya secara tidak sengaja ketika sedang melintas pulang dari sekolah, lapor NST.

Sumber: Facebook

Menurut ibu mangsa, Hani pada kebiasaannya sudah diberitahu untuk berjalan melalui belakang van selepas dia diturunkan. Namun malangnya pada hari tersebut, Hani telah berjalan ke hadapan van sekolah yang menghantarnya lalu menyebabkan pemandu tidak perasan dan terlanggar anak kecil itu. Aduhai!

Dalam kejadian yang berlaku di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang pada Rabu lepas, Hani Aufa telah mengalami kecederaan teruk sehingga patah pinggang belakang, rosak buah pinggang, paru-paru dan bahagian ususnya.

Sumber: Facebook

Van yang dipandu yang dipandu lelaki berusia 50 tahun itu berhenti dengan segera dan pemandu bergegas memeriksa bahagian hadapan kenderaan berkenaan. Hani yang sudah terkulai di atas jalan raya dibawa ke rumah penjaganya di hadapan jalan.

Pada hari itu, Hani sepatutnya tinggal di rumah penjaganya yang tidak jauh dari rumah keluarga mangsa, selepas pulang dari sekolah kerana kedua-dua ibu bapa mangsa sedang bekerja.

Sumber: Facebook

Walau bagaimanapun menurut ibu mangsa, keluarganya dan pemandu van bernama, Pak Mat tidak mempunyai sebarang masalah. 

“Anak perempuan saya sayang dengan Pak Mat dan mereka sangat rapat kerana dia menaiki van Pak Mat ke tadikanya sudah hampir setahun yang lepas,” kata ibu Hani. 

Malah keluarga mangsa juga tidak membuat laporan polis berkaitan hal tersebut dan cuma memaklumkan kepada pihak berkuasa akan kemalangan berkenaan dan punca dari kecederaan yang dialami mangsa.

Pun begitu, Ketua Polis Seri Alam, Supritendan Jokhiri Abd Aziz sudah sedia maklum akan laporan tersebut dan menurutnya kini, kes tersebut sudah pun disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 kerana kecuaian dalam memandu.

Semoga adik Hani cepat sembuh…

Baca: Lelaki ‘Disorok’ Ibu Bapanya Selepas Langgar Lari Budak Sekolah Sehingga Cedera Parah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!