in

Budak 2 Tahun Terselamat Jatuh Dari Tingkat 17

Page 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ajaib!


Memang pelik tapi percayalah ni perkara yang betul-betul terjadi baru-baru ni dekat Changzhou, Wilayah Jiangsu, China. Menurut WORLD OF BUZZ, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun telah terselamat selepas terjatuh dari tingkat 17 di apartment milik keluarganya. Huyoooo!

Pada 11 Julai yang lalu, kanak-kanak terbabit yang bernama Yueyue ditinggalkan keseorangan di dalam rumah tersebut sementara neneknya keluar untuk membeli barangan dapur.

W
sumber: wob

Selepas beberapa ketika apabila Yueyue terjaga dari tidur, dia mencari neneknya di dalam apartment tersebut tetapi tidak nampak kelibatnya dan budak kecil ni decide nak intai ke luar tingkap untuk mencari.

So, Yueyue pun panjat ke atas meja komputer untuk menjengah dekat luar. Kebetulan, tingkap tu tak berkunci dan dia pun terjatuh ke bawah dari tingkat 17! Oh my!

W2
sumber: wob

Lepas dia jatuh, Yueyue boleh bangun dan berjalan semula ke dalam bangunan tersebut sambil menangis mencari neneknya. Nasib baik nenek dia balik tepat pada masanya bila orang ramai tengah pujuk Yueyue dan cuba menghubungi ibu bapanya.

Yueyue dilaporkan langsung tidak mengalami sebarang kecederaan parah sebab dia mendarat di atas kawasan berumput di mana tanahnya lembut disebabkan hujan. Jadi impak dia masa jatuh dah berkurang. Wow!

W3
sumber: wob

Walau bagaimanapun, dorang still bawa kanak-kanak tu ke hospital dan dirawat kerana mengalami kecederaan pada hati dan keretakan kecil pada tulang rusuk. Kata doktor yang merawatnya,

“Kami sangkakan kecederaannya serius tapi keadaanya stabil. Dia langsung tak nampak macam baru jatuh dari tingkat 17.”

Harap lepas ni family tu akan lebih berhati-hati dan memastikan tingkap dikunci. Paling penting jangan tinggalkan budak kecik sorang dekat rumah!

Baca: Berpantang Maut Sebelum Ajal! Tiga Mangsa Hampir Maut Jalan Mendap di Laluan Utama Jemaluang-Mersing

Page Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.