in

“Bila diciduk menangis pulak” – Lelaki Indo Ditangkap Sebab Komen ‘Lucah’ Babitkan Kru Kapal Nanggala 402

Ft Komenjelek

Berita tentang kapal selam Indonesia KRI Nanggala-402 yang disahkan tenggelam baru-baru ini menyentuh hati ramai orang apabila tragedi itu telah mengorbankan kesemua 53 kru kapal. Kisah tragedi itu sehingga kini menjadi bualan di media sosial dan rata-ratanya bersimpati dengan waris serta keluarga mangsa yang terkorban.

Nanggala

Bagaimanapun, bukan semua orang mendoakan yang baik-baik tapi ada juga sesetengah pihak yang tergamak memberi komen tidak elok serta tidak menjaga sensitiviti. Seperti seorang lelaki ini yang ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia selepas memberikan komen ‘lucah’ membabitkan mangsa kapal selam tersebut.

Menurut Coconuts, lelaki yang menggunakan nama ‘Imam Kurniawan’ di Facebook itu telah meninggalkan komen di salah satu posting tentang tribute kepada mangsa-mangsa. Komennya berbunyi,

Di saat kapal selam mu tenggelam di situ isterimu ku ewe.”

Terjemahan: Di saat kapal selammu tenggelam, ketika itulah aku akan melakukan hubungan seks dengan isterimu.

Komen1 1

Menurut Detik, selepas komen itu viral, Imam telah membuat permohonan maaf melalui status di Facebook. Katanya,

Saya pribadi atas nama Imam Kurniawan ingin meminta maaf atas perkataan saya di sosial media, saya meminta maaf sebesar-besarnya kepada warga net dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.”

Susulan komen tersebut, Imam yang berasal dari Sumatra Utara itu telah ditahan dan dibawa ke Komando Rayon Militer (Koramil). Namun, selepas ditangkap Imam bagaimanapun menafikan dia meninggalkan komen itu sebaliknya berkata akaun Facebooknya telah digodam.

Gambar menunjukkan Imam menangis ketika ditahan tular di Twitter dan sebuah video menunjukkan dia memberi penjelasan tentang hal itu turut mendapat perhatian warganet. Katanya, dia tidak tahu menahu serta tidak sedar ada komen sebegitu dan mengaku terkejut apabila menerima banyak notifikasi komen balas di Facebook.

Ini bukan kes pertama melibatkan individu yang memberikan komen tidak elok membabitkan tragedi dan mangsa kapal selam tersebut. Sebelum ini, seorang remaja lelaki dikecam hebat kerana video TikTok yang menunjukkan dia menari keriangan selepas mendapat tahu kapal KRI Nanggala-402 tenggelam.

Baca: “Saat tau kapal tenggelam, rasanya senang banget” – [VIDEO] Lelaki Indo Dikecam Teruk, Seronok Dapat Tahu Pasal KRI Nanggala 402

Ft Jogetnanggala

Sumber: Twitter