Seorang imam masjid telah meninggal dunia waktu dia sedang membacakan doa untuk kru kapal NRI Nanggala 402 di Indonesia yang telah tenggelam dan meragut nyawa kesemua anak kapal.
Kejadian berlaku selepas arwah yang dikenali sebagai Ustaz Muhammad Ruddin Emang telah selesai menunaikan solat zohor di Masjid Baiturrahman Panaikang, Kota Makassar semalam.
Terkulai jatuh ke mimbar
Menurut seorang jemaah masjid yang dikenali sebagai Taufiq, ustaz tersebut ingin menutup ceramahnya dengan bacaan doa tetapi secara tiba-tiba dia terkulai jatuh ke mimbar masjid. Memang terkejut semua jemaah masjid masa tu.
Sebelum bertemu ajal, arwah sempat berkongsi kisah mengenai Nabi Yunus AS yang dimakan ikan dan peristiwa tenggelamnya kapal KRI Nanggala 402 itu.
“Arwah juga sempat mendoakan semoga diampuni segala dosa-dosa roh anak kapal yang telah terkorban dalam kejadian itu.”
Sempat berbual waktu Subuh
Taufiq yang sudah mengenali ustaz tersebut selama 40 tahun itu sempat berbual seketika pada waktu subuh semalam dan memaklumkan yang ustaz tersebut nampak sihat ketika itu.
“Dia seorang pendidik yang terbaik dalam keluarga, tidak pernah melihat dia marah.”
Sama-sama kita doakan semoga roh arwah ustaz tersebut bersama-sama dengan kesemua kru anak kapal KRI Nanggala 402 berada dalam kalangan roh-roh orang yang beriman. Amin…
Sumber: Suara.com