in

Tragedi KRI Nanggala 402 : Ramai Persoal Kenapa Mangsa Tak Selamatkan Diri Guna Pintu Kecemasan? Ini Jawapannya…

Fi Kapal Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sepanjang minggu lalu, kita digemparkan dengan tragedi kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402 milik tentera Indonesia yang melibatkan seramai 53 kru kapal selam tersebut.


Pelbagai negara turut menghulurkan bantuan dan kemahiran dalam bersama mencari kapal selam tersebut yang dipercayai terputus hubungan ketika melakukan sesi latihan di perairan Bali.

Walau bagaimanapun, pengakhirannya amat tragis apabila kerajaan Indonesia mengesahkan bahawa kapal tersebut telah tenggelam dan terbelah kepada 3 bahagian.

Dalam masa yang sama, ia menyangkal segala dakwaan mengatakan bahawa kapal tersebut terputus bekalan elektrik ketika sesi latihan dijalankan.

 

Kenapa tak guna pintu kecemasan?

Disamping kesedihan yang dirasai ramai saat kini, ada juga netizen yang mempersoalkan kenapa kesemua anak kapal tersebut tidak keluar selamatkan diri menggunakan pintu kecemasan yang ada?

Oleh sebab dah jadi bualan ramai, seorang pemuda yang dikenali sebagai Hafiz Ostmann ada berkongsikan pandangan dan penerangannya di  Facebook dalam masa sama mampu membuka mata ramai pihak tentang isu ini.

Dia berkata, bahawa reka bentuk kapal selam ini bukannya seperti reka bentuk bas kilang yang senang-senang untuk kita keluar melalui pintu kecemasan terdapat pada bas tersebut.

Selain itu, dia turut menjelaskan fungsi pintu kapal selam tersebut yang kemungkinan ramai tak tahu dan kenapa kru kapal tersebut tidak berbuat sedemikian.

Kapal 1 Edit

 

“Gegendang telinga dan paru2 boleh pecah”

Tambahnya lagi, jika ada mana-mana kru kapal selam tersebut yang cuba juga untuk melakukan perkara sedemikian dengan kedalaman 700m masih mustahil untuk seseorang itu selamat.

Perkara itu akan mendedahkan kepada risiko yang boleh berlaku kepada tubuh badan seperti pecah gegendang telinga serta berlaku kerosakan kepada paru-paru.

Selain itu juga, Hafiz turut mengingatkan bahawa segala perkara yang diperkata perlu diambil dari pelbagai aspek dan bukannya dengan memberi komen secara semberono.

Kapal 2

 

Disamping itu, kenyataan Hafiz ini dikuatkan lagi dengan tularnya sebuah video di TikTok yang menyokong terhadap penerangannya itu.

Posting itu telah dimuat naik melalui akaun @thecurvygirl dan sehingga kini telah meraih lebih dari 16 juta views.

@ayathecurvygirl

Part 1: Ilustrasi penyelamatan diri, dr kapal selam. Sumber: Narasi Kompas, youtube. #krinanggala402 #nanggala402 #prayfornanggala402 #tnial #tni

♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

 

Sama-sama kita doakan supaya segala urusan dipermudahkan dan diberikan ketenangan kepada roh-roh mangsa yang terlibat.

Sumber : Facebook (Hafiz Ostmann), TikTok

 

Baca : “Cepat pulang Isteri mu menunggu dirumah” – [VIDEO] Isteri Mangsa Kapal Selam Hilang Rayu Suami Segera Pulang

Foot Kapal1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.