Semalam Vivy Yusof ada membuat pelancaran design baru bagi jenama tudungnya yang dinamakan The Artsy dUck. Namun, design ini seakan-akan sama dengan keluaran lain yang telah dikeluarkan dua tahun lepas hasil kolaborasi antara SoonaruXSleepystudio.
Biasa, tudung ‘berjenama’ ni mesti dapat sambutan daripada orang ramai sebab design nya yang menarik dan mungkin limited edition.
Tapi, kalau dah jadi macam ni kira-kira orang still beli tak ?
Menurut perkongsian @umairaharis di Twitter, kelihatan design terbaharu yang dikeluarkan oleh Vivy Yusof masih available setelah 2 jam pelancaran.
Hari ni dalam sejarah. Selalunya kalau keluar design baru macam ni, semua akan berperang tak sampai 10 minit semua design dah sold out. Tapi kali ni dah 2 jam lebih dah, semua design masih ada lagi. Ermmmm~ start dari hari ni aku dah boleh start bye-bye dekat Duck rasanya. pic.twitter.com/lonKO4y2t3
— umairaharis (@umairaharis) April 28, 2020
“Start hari ni aku dah boleh bye-bye dekat dUck rasanya”
Biasanya 10 minit dah sold out? Hmm
Sepertinya, orang ramai tidak berminat untuk membeli keluaran terbaru jenama tudung dUck sebab dikatakan design itu dah tiru jenama lain.
Rata-rata netizen juga kecewa dengan hasil keluaran terbaru jenama tudung ini dan menyarankan lebih baik beli jenama tudung yang memiliki design yang ‘lebih fresh‘.
Semua I tawar hati gila nak tengok
Tak pernah berkenan dengan dUck ni
Sekarang malu nak jadi supporter