in

“Benda kecik kot” – Muka Wanita Ini Dibakar Gara-gara Terlupa Beli Rokok Untuk Suaminya

Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita kini cacat selepas dia mendakwa suaminya bakar wajahnya hanya kerana dia terlupa nak belikan rokok.


Menurut Daily Star, wanita tersebut, Galina Armasari telah mengalami kecederaan parah selepas dia disimbah dengan petrol sebelum mukanya dibakar api.

Dalam satu temubual dengan rancangan TV tempatan, Galina mengatakan, sebelum insiden tersebut, hubungannya dengan suami baik dan normal seperti biasa.

0 Cen Husbandburnedwife 01
Sumber: daily star

“Kitaorang tak ada gaduh pun. Kami tengah sediakan dinner kemudian saya keluar untuk belikan beer untuk dia.

“Bila saya balik, saya tengok suami saya tengah minum wine dengan kawannya.”

Tiba-tiba Galina ditengking oleh suaminya kerana terlupa untuk beli rokok yang dipesan dan mengugut untuk membakar muka wanita malang ini.

Dalam sekelip mata, dia simbah muka saya dengan petrol dan nyalakan api. Saya cuba padamkan api tu sendiri sebab dia tak cuba pun nak tolong saya.”

0 Cen Husbandburnedwife 05
Sumber: daily star

Bukan je lelaki ini tak bantu isterinya, lepas api berjaya dipadamkan, suspek dengan selambanya mengajak Galina untuk duduk disebelah dia.

“Dia suruh saya duduk dengan dia. Saya cakap muka saya sakit kita patut panggil ambulans, tapi dia tak nak.”

Galina menambah, dia hanya dapatkan rawatan selepas ibunya datang ke rumah dan bawa dia ke hospital. Sehingga sekarang, dia masih tak boleh nak tengok dirinya sendiri dalam cermin.

Kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Apa motif tetiba nak bakar muka isteri sendiri?

 

Baca: “Jantan keparat” – Doktor Haiwan Dirogol & Dibakar Sekumpulan Lelaki Konon Nak Tolong Tukar Tayar Motor

Featured 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.