in

“Bawa RM5 sebab tak nak kena pau dengan polis” – Netizen Dakwa Polis Malaysia Buat Kerja Kotor, Giat Peras Ugut Warga Asing

Kena Pau Dengan Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehebat mana pun sesebuah negara itu, admin yakin kes seperti peras ugut dan rasuah daripada pihak berkuasa pasti berlaku di mana-mana. Tidak mengejutkan, Malaysia juga antara negara yang terbabit dalam kes-kes seperti.

Menerusi satu posting di Twitter, netizen telah meluahkan sebuah ‘open secret’ yang dikatakan telah menghantui para warga asing yang tinggal di Malaysia ni. Dakwanya, kebanyakan daripada pekerja asing sebenarnya telah diperas ugut oleh pihak polis. Uiks ye ke ni?


 

“Dah 2019 dah baru nak keluar berita. Kisah ini berlaku sejak turun-temurun rasanya” 

Pada awalnya netizen bernama Shaz ni telah berkongsi berita daripada Malaysiakini yang melaporkan bahawa 4 anggota polis telah terlibat dalam kes peras ugut warga asing sebanyak RM5,000. 

Pati 1
sumber: twitter

Menurut laporan itu, anggota polis terbabit katanya telah membuat pemeriksaan dalam kereta warga asing tu dan menjumpai dadah, namun mangsa kemudian menafikan dadah itu miliknya.

Disebabkan hal tersebut, polis tersebut telah menumbuk muka mangsa dan beri mangsa pilihan sama ada nak mengaku dadah tu miliknya atau bayar RM5,000 untuk dibebaskan. Whaaat?

Pun begitu, mangsa akhirnya akur membayar jumlah berkenaan dan well, dibebaskan lah kan.

 

“Nepali cleaner sanggup pergi kerja bawak RM5 je sebab tak nak kena pau dengan polis” 

Namun apa yang menarik perhatian admin ialah kisah yang dikongsikan netizen ini mengenai pekerja Nepalnya yang kena ‘pau’ dengan polis. Disebabkan takut kena pau lagi, pekerja tersebut sanggup bawa RM5 je sehari.

Nepal 1

Selain dari ini, netizen lain yang mengikuti posting tersebut juga meluahkan cerita sama yang pernah mereka dengar daripada pekerja asing lain. Bertambah teruk kalau warga tersebut tak ada pasport. Banyak juga yang mereka kena ‘pau’. Yang ada pasport pun katanya tetap kena ‘pau’ juga.

Pau 2
sumber: twitter

 

“Tak semua polis camtu tapi tak boleh nafikan benda ni kerap berlaku…” 

Pun begitu, admin juga ingin tegaskan yang tak semua polis buat kegiatan seperti tu. Lumrah alam, ada polis baik dan ada juga polis tak berapa baik. Tapi dalam isu ini, pihak berkuasa kenalah cari jalan untuk banteras kegiatan seperti ini dari kerap berlaku.

Counter
sumber: twitter

 

“Polis tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh pegawai atau anggota” 

Dalam pada itu, lanjutan daripada kes peras ugut RM5,000 tersebut, pihak polis sebenarnya telah menyiasat ia dibawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (pemerasan) dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera).

Malah Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Roslan Bek Ahmad juga berkata pihak polis telah mengenal pasti 4 anggota polis yang terlibat dan siasatan pastinya akan diadakan mengikut prosedur operasi standard.

Polis Kuala Lumpur memandang serius dan tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh pegawai atau anggotanya,” katanya lagi.

Polis
sumber: nst

Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes berkenaan, korang boleh je laporkan ke balai dan call Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

Moga-moga tiada lagi anggota polis yang terlibat dalam kes seperti ini. Kerana nila setitik, rosak habis susu sebelanga tau! 

Nota: Gambar di atas sekadar hiasan

Baca: “Mula-mula minta RM500… lepas tu naik RM1100” – Digertak Kena Tangkap Basah, Polis Ronda ‘Kantoi’ Makan Rasuah!

Rasuah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.