in

Baru Darjah 2, Boleh Jawab 70 Soalan Matematik Dalam 3 Minit

Page 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin tabik dengan orang-orang genius ni, lagi-lagi kalau yang masih muda. Macam kanak-kanak ni, baru darjah dua tapi dah mengharumkan nama Malaysia lepas menjuarai pertandingan Matematik Peringkat Antarabangsa di Moscow, Rusia pada 22 Julai yang lalu.


Menurut Astro Awani, Reeno Chin yang merupakan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Seri Botani telah dinobatkan sebagai Grand Champion Level 5 Aloha Mental Arithmetic International Competition selepas berjaya menewaskan lebih 1,200 peserta dari 20 negara seluruh dunia. Wahhhh!

R2
sumber: sinchew

Semasa ditemui di pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Teknologi, Sains,  Alam Sekitar dan Penerangan Negeri, Dr Abdul Aziz Bari, ibu Reeno, Wong Pui Si, 41, memberitahu bahawa anak lelakinya itu telah menunjukan minat yang mendalam dalam mengira sejak berumur lima tahun lagi.

“Dia seperti kanak-kanak biasa yang ada masa bermain dan ada masa belajar, namun saya tidak pernah memaksa beliau membuat latihan matematik.”

R1 1
sumber: astro awani

Walau bagaimanapun, ibunya mengakui memantau aktiviti anaknya semasa berada di dalam rumah. Katanya,

“Cuma saya hadkan masa untuk mereka berhibur, di rumah saya tiada televisyen hanya ada radio dan komputer atau permainan video boleh main sebulan sekali sahaja.” 

Sememangnya, kejayaan anaknya itu dalam mempertahankan gelaran Grand Champion buat kali ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan Wong turut menjelaskan bahawa Reeno tidak sihat semasa berada di Moscow.

R3 1
sumber: sinchew

“Ketika di Moscow beliau demam panas, muntah dan cirit-birit tetapi beliau masih mahu meneruskan pertandingan dan berjaya memenanginya selepas menjawab 70 soalan dengan betul dalam masa kurang lima minit.”

Kalau nak tau, menurut Sinchew, Reeno berjaya menjawab 70 soalan Matematik dalam masa tiga minit 30 saat! Hebatnya si kecil niiiii!

Wong juga turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi tajaan sebanyak RM5,000 untuk perbelanjaan anaknya semasa di Moscow.

Tahniah kepada adik ni! Cayalah dik!

Baca: Kecil-kecil Cili Padi! Kanak-kanak Sudah Mendaftar di Kolej Walaupun Baru Berusia 6 Tahun

G3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.