Kalau korang nak tahu, pada sidang media Jumaat lepas, Ali Puteh ada menyuarakan rasa kurang senang bila dia dapat tahu nombor akaun peribadi kakak iparnya ini disebarkan supaya orang ramai boleh memberikan sumbangan.
Menurut Ali, tindakan ini menunjukkan seolah-olah keluarganya seperti tak mengambil berat tentang kebajikan balu arwah abangnya dan anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang baru berusia lapan bulan.
Namun, pada hari yang sama, anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Nurulhidayah yang mesra dengan panggilan Kaklong mengatakan, bantuan ke atas balu arwah Abam ini adalah inisiatifnya sendiri untuk membantu wanita tersebut kerana dia juga pernah merasai menjadi balu.
Tak terfikir pun nak tuduh keluarga tak membantu. Salah ker peminat nak bantu jugak? Dosa ker?”
Tambah Kaklong, ini adalah atas usahanya sendiri walaupun dia tak kenal dengan Hidayah. Nombor akaun tersebar pun kerana dia telah meminta rakan-rakan artis termasuk Fizo Omar untuk repost.
Tak cukup dengan penjelasan, Kaklong juga turut muat naik screenshot perbualannya dengan isteri penyanyi, Black meminta nombor akaun balu Abam ni.
https://www.instagram.com/p/B8yyVmFhaKq/
Dekat screenshot ni, korang boleh tengok sendiri yang Kaklong minta nombor akaun Hidayah ni pada hari yang sama arwah Abam meninggal.
Kaklong turut berpesan pada Hidayah untuk teruskan hidup dan jangan harapkan sesiapa serta buktikan yang dia boleh bangkit semula.
Dua hari lepas pula, Kaklong ada memuatnaik akaun baru untuk orang ramai memberikan sumbangan kepada Hidayah dan anaknya Hamzah.
https://www.instagram.com/p/B809PmPhX9H/
Admin doakan segala urusan Hidayah dan anaknya ini dipermudahkan. InshaAllah.