in

“Itu sebabnya saya keluarkan perkataan kasar tu” – Ali Puteh Perjelas Isu ‘Rebut Harta’ Dengan Kakak Ipar Selepas Kematian Arwah Abam Bocey

Ali Puteh Marah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas beberapa siri kekecohan berlaku akibat daripada rakaman live Datuk Aliff Syukri dengan balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah, Ali Puteh yang teruk dikecam netizen tampil memperjelaskan keadaan.


Dia yang ditemubual akaun instagram @officialriax meminta semua pihak untuk jangan dengar cerita daripada sebelah pihak je, terutama berkaitan isu kononnya kakak iparnya telah dianiaya keluarga Ali selepas kematian Abam Bocey. 

Berikut antara penjelasannya dari Harian Metro

 

Ali perjelas keluar perkataan ‘binatang’ pada kakak ipar 

Menerusi temubual tersebut, Ali telah memperjelaskan hal sebenar yang membuatkan dia marah sampai mengeluarkan perkataan berbaur emosi kasar di Instagram terhadap Hidayah.

Img 5041

“Yang membangkitkan kemarahan saya adalah, sampai saya dihina. Kalau nak pergi berikan sumbangan, silakan. Tapi, bila balu arwah bercerita perkara yang tidak sepatutnya, itu menimbulkan fitnah sehingga ada yang menganggap saya dan keluarga ingin membolot harta arwah.

“Jangan dengar daripada sebelah pihak untuk elak fitnah berlaku. Ketika video temubual itu tular, saya sendiri pun tak tahu. Jadi, bila saya periksa, kami sekeluarga mendapat cemuhan.

“Itu sebabnya saya keluarkan perkataan (kasar) sebegitu. Kalau orang luar tahu perkara sebenar yang berlaku, mesti mereka akan lebih marah daripada saya,” katanya.

 

Isu telefon bimbit kononnya ‘diambil’ 

Dalam temubual yang berdurasi hampir 30 minit tu, Ali juga memperjelaskan satu persatu perkara yang disebut Hidayah ketika dalam rakaman live bersama Datuk Aliff. Isu pertama ialah berkaitan telefon bimbit yang katanya telah ‘diambil’ keluarga Ali. 

Ali 1 1

“Sejak hari kedua selepas arwah meninggal dunia, saya dah berbincang dengan isterinya untuk saya menguruskan hal-hal penting dan yang paling utama adalah mengenai hutang.

“Untuk isu telefon bimbit, saya yang menguruskan abang saya sebelum saya menjadi seperti sekarang. Tujuan saya meminta telefon bimbit itu adalah kerana saya tahu banyak perkara berkaitan kerjanya ada di situ. 

“Di situ juga saya dapat periksa kalau-kalau arwah ada sebarang hutang yang perlu dilangsaikan. Saya dan keluarga tak perlukan pun telefon itu kerana masing-masing, arwah dah belikan telefon bimbit,” kata Ali.

 

Isu dompet Abam diambil Ali 

Malah dompet yang katanya milik Abam dan telah diambil Ali juga diperjelaskan dalam sesi temubual tersebut. Menurut Ali, tujuan dia mengambil dompet itu adalah untuk mendapatkan maklumat kad ahli Seniman. 

Ali 1 1

“Bila dicerita bahawa kami mengambil dompet milik Abam daripadanya, ia umpama satu benda besar. Sebenarnya, saya terima panggilan daripada seorang sahabat yang inginkan maklumat mengenai nombor keahlian Persatuan Seniman yang dianggotainya untuk menguruskan khairat kematian.

“Bila saya terima dompet itu, yang ada cuma kad-kad biasa, tanpa wang dan juga kad-kad bank. Jadi, bila saya tanya kepadanya, dia cakap tak ada duit dan arwah tak ada tinggalkan apa-apa.

“Mustahil kerana saya bersama arwah selama 31 tahun dan saya tahu abang saya memang sentiasa akan ada duit bersamanya. Saya pesan kepadanya, kalau termakan duit itu, itu kesilapan kerana belum faraid apa-apa.

“Dia juga pegang kad bank arwah. Saya tanya kenapa dia buat begitu sedangkan kita dah berbincang untuk saya uruskan semuanya. Kalau dia takut saya ambil duit dari akaun arwah, tak ada gunanya sebab kalau seseorang sudah meninggal, akaunnya akan disekat. Saya cuma nak kumpul semuanya untuk tujuan faraid,” jelasnya.

 

Isu kereta yang kononnya ditarik 

Tak cukup dengan itu, Ali juga menjelaskan isu berkaitan kereta Vellfire dan Myvi milik Abam yang katanya telah diambil daripada Hidayah.

Abam 620X382 1

“Arwah ada dua kereta iaitu Toyota Vellfire dan Perodua Myvi. Vellfire itu saya dan arwah yang susun dan beli. Bila dia meninggal dunia, itu adalah hutang. Saya dah terangkan kepada isterinya mengenai amaun bayaran bulanan dan sekiranya dia mampu, dia boleh menyambung bayar.

“Saya pun dah ada banyak kereta. Buat apa saya nak ambil kereta itu? Satu lagi kereta adalah Myvi yang disambung bayar oleh arwah daripada pakcik kami. Sebelum arwah meninggal, dia ada meminta pakcik saya untuk kirakan berapa jumlah baki hutang.

“Dia juga meminta supaya bila dah selesai bayar, dia nak tukarkan nama pemilikan Myvi itu kepada isterinya. Benda itu pun saya dah terangkan kepada isterinya. Tapi, sementara itu saya yang bertanggungjawab menyusun semuanya supaya lebih mudah urusan selepas ini,” katanya

 

Isu Hidayah terpaksa guna Grab bawa anak ke klinik

Selain itu, dalam rakaman live Hidayah bersama Aliff Syukri, dia juga ada meluahkan kesukaran dalam membawa anaknya untuk ke klinik. Ini penjelasan daripada pihak Ali pula.

Ali2

“Hari keempat, dia bersama kedua ibu bapanya masih berada di rumah arwah bersama ibu saya. Saya pun berada di situ untuk menjaga ibu saya. Mustahil ada isu untuk membawa anak ke klinik kerana ibu saya yang memintanya membawa anak ke klinik kerana demam.

“Jadi, pemandu arwah membawa ibu saya dan anak arwah ke klinik dengan menaiki Myvi. Dari mana datangnya cerita dia terpaksa membawa anak ke klinik menaiki Grab? Mustahil saya tak izinkan dia bawa kereta,” katanya.

 

Isu Hidayah dikatakan dihalau keluar sehelai sepinggang 

Malah tambah Ali lagi, dia tak pernah menghalau kakak iparnya keluar dari rumah sehelai sepinggang.

Unnamed

“Dia sendiri yang nak keluar dari rumah. Kalau mengikut hukum, tempoh edah adalah selama empat bulan 10 hari. Tapi, pada hari keenam, dia ambil keputusan untuk keluar bersama keluarganya.

“Saya beritahu dia bahawa esok adalah hari ketujuh arwah meninggal dunia dan nak diadakan majlis tahli. Saya tak tahu, mana isi hati dan keperibadian dia sebagai balu. Dia tetap nak balik pada petang Sabtu itu juga.

“Untuk isu sehelai sepinggang pula, itu mustahil kerana biliknya tak ada barang termasuklah wang-wang tabungan serta koleksi jam tangan mahal milik arwah. Semuanya dibawa bersama,” katanya.

Fuh banyak juga isu yang diulas Ali Puteh berkaitan kakak iparnya ini. Bagi mereka yang nak tengok video penuh, korang boleh tengok di bawah ni.

Apa-apapun diharapkan isu ini segeralah diselesaikan dengan cara yang baik supaya tiada lagi sengketa antara keluarga Abam dan isteri pelawak tersebut. Tak elok kita berbalah bab harta ni semua. Mesti arwah sedih di sana. 

Baca: “Budaknya jenis lurus. Tak wajar dia dilayan seperti itu” – Sepupu Balu Abam Bengang Dengan Ali Kata Kakak Ipar Binatang

Abam

Sumber: Info Sebenar
Sumber: Instagram
Sumber: Blog
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.