in ,

“Elok disebat sekali!” – Hukuman Denda Dan Penjara Mungkin Akan Ditingkatkan Kepada Siapa Yang Ingkar PKP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan telah melakukan inistaif untuk memberi kesedaran kepada mereka yang langgar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengenakan hukuman denda kepada mereka yang berbuat demikian.


Namun begitu, masih ramai lagi individu yang berdegil enggan mendengar arahan yang telah dikeluarkan itu.

Pihak kerajaan tidak menolak kemungkinan yang hukuman denda dan penjara akan ditingkatkan kepada siapa yang melanggar arahan PKP.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya akan meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berbincang dengan peguam negara mengenai hal ini, lapor Harian Metro.

Kalau nak dibandingkan dengara lain, jumlah hukuman dan denda di Malaysia masih rendah dan mungkin ini salah satu sebab kenapa rakyat Malaysia masih bersikap acuh tak acuh berkenaan dengan arahan PKP ini, tambahnya.

Jika dilihat di negara Singapura, hukuman pesalah pertama ialah SGD10,000 (kira-kira RM 30,000), kesalahan kedua SD20,000 (RM60,000) manakala di Korea Selatan kesalahan pertama akan dikenakan denda RM35,000 dan di Indonesia hukuman denda yang dikenakan sebanyak 300 juta rupiah (RM82,343.91).

Rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan yang dikeluarkan supaya rakyat Malaysia yang berdegil sedar dan takut untuk keluar rumah.

Sebat je senang

Ramai rakyat bebal masih keluar

Letak terus penjara seumur hidup

Baca : Denda Penjara Dua Lelaki Ditahan Langgar PKP Sebab Memancing Diganti Buat Kerja Khidmat Masyarakat 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.